HIBURAN : SINOPSIS EPISOD AKHIR DRAMA BERSIRI "LOVE YOU MR.ARROGANT"

by 10:53 AM 0 comments

Wahahahah rasanya dah lama gila saya tak update blog.. Busy pun yea.. buat-buat busy pun yea jugak.. Hahahaha.. Alkisah cite ni macam nak tak nak je layan tapi terlayan juga bila lakonan si Zara menjadi pulak watak lurus baik hati dia.. kena pulak la dengan Azlee Khairi dengan watak sombong bongkaknye..

Walaupun kadang tak sempat nak layan drama ni tepat 7 malam.. kadang layan je online senang... ha... mesti korang nak tau kan apa ending drama ni.. meh saya story sikit..




Episode 25 -  
Zaara menghantar mesej pada Irham untuk bertemu di sebuah restoran.
Irham tahu hari itu adalah hari yg istimewa buat mereka berdua. Dia tidak pernah lupa cuma sengaja dia buat-buat tidak ingat. Segalanya telah dirancang oleh Irham untuk membuat kejutan buat Zaara. Namun Irham pula yg terkejut....bukan isterinya yg muncul tapi Safiya.

Irham tergamam dan begitu sayu setelah membaca surat yg dititipkan isterinya itu. Dia bertekad untuk mencari Zaara.
Sementara itu Pn Sri seperti tidak percaya yg Zaara betul-betul mengotakan janjinya. Dia berasa bersalah dan kecewa sekali dengan perlakuannya terhadap Zaara.
Kemanakah perginya Zaara? Sudah seminggu berlalu dan Irham masih tidak ada lagi khabar berita tentang Zaara..ke kampung juga sudah dia pergi untuk mencari Zaara.
Irham rasa kesal kerana layanan ibunya sendiri, Zaara terpaksa berkorban dan pergi dari sisinya.
Dek peristiwa ini fikiran Irham terganggu dan dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerja-kerja di pejabat.

Episode 26 - Apakah Zaara akan pulang ke pangkuan Irham ? Adakah sesuatu yg akan terjadi pada Zaara ? Bagaimana pula dengan keadaan Irham ? Dapatkah Irham menyelamatkan Zaara ? Dapatkah Mr Arrogant menghapuskan rasa sombongnya sebelum ini demi cintanya pada Zaara ? Adakah kebahagiaan akhirnya milik Zafriel Irham dan Zaara Amirah. Harap semuanya akan terjawab.


Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment