Jika kebanyakan artis cuba memperlahankan kegiatan seni mereka sepanjang Ramadan, berbeza pula dengan pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 30, yang lebih suka bekerja biarpun sedikit kepenatan.
Bahkan, buat kali pertama, dia memulakan ibadat puasa di perantauan apabila menjayakan penggambaran drama bersiri, Jodoh Itu Milik Kita, di New Zealand sejak lebih seminggu lalu.
Saya teringin merasai sendiri pengalaman berpuasa di perantauan. Cuma yang tidak seronoknya apabila terpaksa berpisah dengan anak. Hanya Tuhan yang tahu betapa seksanya apabila berjauhan daripada anak, tetapi saya perlu kuat supaya dapat membesarkannya dengan sempurna” Nabila Huda, Pelakon
Nabila yang sememangnya gemar mengembara berkata, bekerja sambil berpuasa di negara orang bukanlah bebanan buatnya, yang sejak dulu lagi tidak betah untuk duduk diam. Dia sendiri akan rimas sekiranya tidak mempunyai sebarang tugasan buat tempoh waktu yang lama.
Katanya, paling lama dia berehat cumalah selama dua hari. Andai lebih daripada itu, hatinya mula tidak keruan lantaran sikapnya yang kuat bekerja sejak dari dulu.
“Saya memang tidak mempunyai perancangan langsung untuk berehat ketika Ramadan. Jika artis lain memilih untuk mengurangkan aktiviti lakonan, saya pula memilih untuk bekerja. Saya jadi rimas jika tidak melakukan apa-apa di rumah.
“Saya berada di New Zealand selama dua minggu, dengan tujuh hari daripadanya adalah pada bulan puasa. Memang saya sengaja menerima tawaran ini, walaupun tahu ia jatuh pada bulan puasa, kerana peluang menjejakkan kaki ke negara orang memang amat saya nantikan.
“Lagipun saya teringin merasai sendiri pengalaman berpuasa di perantauan. Cuma yang tidak seronoknya apabila terpaksa berpisah dengan anak (Kheisya Laila, 3 tahun). Hanya Tuhan yang tahu betapa seksanya apabila berjauhan daripada anak, tetapi saya perlu kuat supaya dapat membesarkannya dengan sempurna,” katanya.
Selepas New Zealand, Nabila akan terbang pula ke Venice dan Milan, Itali, pada Hari Raya kelima untuk menjayakan penggambaran drama Sangkar, arahan Erma Fatima.

0 comments:
Post a Comment