AGAMA : MEKAH SEDIA HADAPI RAMADAN

by 10:57 AM 0 comments
Kira-kira 2.5 juta umat Islam dijangka membanjiri Masjidil Haram untuk menunaikan umrah sepanjang bulan Ramadan ini. -

Sebanyak 3,000 sukarelawan terdiri daripada golongan pemuda Arab Saudi akan memberi bantuan kepada kira-kira 2.5 juta jemaah umrah dan pengunjung di Masjidil Haram sepanjang bulan Ramadan ini.

Perkhidmatan yang disediakan termasuklah memberi bantuan kecemasan, menjadi penunjuk arah dan jurubahasa serta menghantar makanan untuk berbuka puasa, selain menawarkan bantuan lain yang diperlukan.

Seorang sukarelawan, Ibrahim al-Zahrani yang sering membantu menyediakan makanan ketika majlis berbuka puasa di masjid tersebut semasa bulan Ramadan, menyifatkan tugasnya itu sebagai satu penghargaan kepadanya.

Seorang lagi sukarelawan, Mohammad Al-Otaibi yang sering membantu menolak kerusi roda warga emas pula merasa terharu dapat membantu golongan itu menunaikan ibadah umrah.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Mekah telah bersiap sedia untuk memastikan persekitaran yang selamat dan sihat untuk jemaah umrah sepanjang bulan puasa ini.

Datuk Bandar Mekah, Osama al-Bar dalam temu bual dengan Arab News, baru-baru ini berkata, seramai 8,500 pekerja termasuk penyelia, pemandu, tukang sapu dan beberapa petugas lain akan memastikan bandar Mekah sentiasa bersih serta bebas daripada penyakit.

"Sebanyak 350 trak sampah, 170 tong sampah mampat dan 45 tong sampah biasa juga akan diletakkan di sekitar Masjidil Haram," katanya.

Menurut Osama, semua jalan raya dan 55 terowong turut akan dipantau bagi memastikan lalu lintas berjalan lancar

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment