Syarikat itu yang dimiliki oleh ahli perniagaan G. Gnanalingam, bercadang menjual 710 juta sahamnya kepada pelabur institusi atau 20.8 peratus modal saham berbayar syarikat.
Daripada jumlah itu, 11.5 peratus diperuntukkan kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Selebihnya, 102.3 juta saham lagi diperuntukkan kepada pelabur runcit. Draf prospektus bagi tujuan penyenaraiannya itu telah dimuat naik di dalam laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti.
Syarikat itu tidak menyatakan nilai dana yang bakal diraih. Namun, sumber terdekat terhadap penyenaraian itu menjangka sebanyak RM1 bilion dana mampu diraih.
Maybank Investment Bank Bhd. bertindak selaku penasihat prinsipal kepada Westports dalam pelaksanaan penyenaraian tersebut.
Pengendali pelabuhan itu turut melantik Credit Suisse Group AG dan Goldman Sachs sebagai koordinator bersama, manakala Hongkong and Shanghai Banking Corp. Ltd., Merrill Lynch Singapore dan RHB Investment Bank merupakan ejen penerima tempahan bersama.
0 comments:
Post a Comment