Kelicikan seorang lelaki menyamar sebagai ‘bomoh Siam’ dan memperdayakan mangsa menyerahkan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan ramalan nombor ekor berjaya dipatahkan polis.
Lelaki berusia 30 tahun yang hidup mewah di Alor Setar itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak 27 Mac lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar) berkata, suspek yang bertindak sendirian sejak 2005 lalu menghantar risalah iklan mengenai kehebatan ‘bomoh Siam’ terbabit di rumah penduduk secara rambang. sebelum menyamar sebagai ‘bomoh Siam’.
“Mangsa yang terpedaya akan menghubungi suspek yang kemudiannya meminta supaya mendepositkan wang secara berperingkat ke dalam akaun.
“Wang tersebut kononnya untuk upacara sembahyang dan suspek memberi nombor ekor yang telah diumumkan bagi menipu mangsa,” katanya di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment