Seorang ibu berhadapan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia lima tahun, bulan lalu.
Azlinda Othman, 28, didakwa membunuh anak tirinya, Umi Amilia Azman di Perumahan Kos Rendah Kampung Jubakar Pantai, Tumpat, antara pukul 3 petang, 23 Mac hingga 8.30 pagi 24 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pertuduhan terhadap Azlinda dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Majistret, Mohd. Isa Mohamed bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Pendakwaan itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam K. H. Tay.
Mohd. Isa menetapkan 8 Mei ini bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa.
Akhbar sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri dikenakan perintah tahanan reman selepas dipercayai mendera hingga mati anak perempuan mereka berusia lima tahun.
Mangsa, Ummi Amilia Azman meninggal dunia pada pukul 8.56 pagi 24 Mac lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas dipindahkan dari Hospital Tumpat.
Perkara itu terbongkar selepas pihak hospital membuat laporan polis berikutan terdapat kesan luka dipercayai didera pada tubuh mangsa.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat dua kesan pecah pada usus besar selain kecederaan pada buah pinggang kiri
Kecederaan yang dialami mangsa dipercayai akibat didera menggunakan senjata tumpul selain disyaki tidak diberi makan selama dua hari memandangkan keadaan perut mangsa kosong dan dipenuhi darah.
Mangsa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di rumah nenek tirinya di Kampung Jubakar Pantai selepas bapa dan ibu kandungnya, seorang warganegara Thailand, bercerai kira-kira dua tahun lalu.
BERITA " BUNUH ANAK TIRI, WANITA BAKAL BERDEPAN HUKUMAN MATI
Kaki Pesbuk
DeveloperCras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.
0 comments:
Post a Comment