BESUT 18 Mac - Luluh hati seorang bapa apabila anak bongsunya ditemui mati lemas setelah terjatuh ke dalam sebuah lubang tangki najis belakang blok kuarters Pejabat Kesihatan Jabi dekat sini semalam.
Ketika kejadian pukul 5.50 petang itu, mangsa, Nur Ammar Adlyn Mohd. Husni, 3, berbasikal bersendirian di kawasan belakang kuarters tersebut yang menempatkan lima lubang tangki najis.
Mangsa sebelum itu bermain dengan seorang abangnya di halaman rumah mereka namun, kemudiannya pergi ke belakang kuarters tersebut seorang diri.
Kejadian menimpa Nur Ammar Adlyn itu dikatakan berlaku disebabkan kepingan logam penutup lubang berkenaan terjungkit setelah dipijak mangsa.
Semasa kejadian, ibu bapa mangsa, Husni Mat Mat Husin, 33, dan Zurani Zakaria, 35, yang bertugas sebagai jururawat di klinik itu berada di kediaman mereka di satu lagi blok kuarters berhampiran.
0 comments:
Post a Comment