BERITA : PAUL CEGLIA TAMBAH 5 PEGUAM BAGI MENUNTUT HAK PEMILIKAN FACEBOOK

by 10:58 AM 0 comments
BUFFALO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki, Paul Ceglia yang mendakwa dia turut berhak ke atas syarikat Internet, Facebook telah menambah lima lagi peguam yang akan mempertahankan dakwaannya itu.
Ketua pasukan peguam itu, Dean Boland menyatakan kelmarin bahawa penambahan peguam dari firma New York, Milberg LLP dan beberapa tempat lain menggambarkan bahawa mereka memiliki kes yang kukuh.
Ceglia sebelum ini memberitahu, dia berhak mendapat separuh nilai Facebook selepas menandatangani satu kontrak bersama Mark Zuckerberg pada 2006.
Kontrak itu ditandatangani ketika Zuckerberg belajar di Universiti Harvard.
Mengulas mengenai dakwaan Ceglia, beberapa peguam Facebook bagaimanapun memberitahu, kontrak tersebut palsu dan tiada kena mengena dengan laman jaringan sosial tersebut.
Laman jaringan sosial berkenaan kini memiliki 845 juta pengguna dan mencatat perolehan sebanyak AS$3.7 bilion (RM11.1 bilion) pada tahun lalu

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment