Seorang warga emas dipenjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan memperdagangkan seorang wanita warganegara Indonesia tahun lalu.
Tertuduh, Yusoff Mat Rani, 61, yang bekerja sebagai pengutip kotak didakwa memperdagangkan wanita berusia 24 tahun itu, dengan cara melindunginya bagi maksud eksploitasi seks.
Hakim Azman Mustapha memerintahkan hukuman berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 19 Januari lalu.
Tertuduh yang berasal dari Kampung Limau Manis dekat sini, didakwa melakukan perbuatan itu antara Jun dan Disember tahun lalu di sebuah rumah tanpa nombor.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda.
Mengikut fakta kes, wanita terbabit telah masuk ke negara ini pada Jun 2011 melalui ejen untuk bekerja sebagai pembantu rumah.
Bagaimanapun dia melarikan diri dari majikannya dengan alasan tidak tahan bekerja.
Dia telah dihantar oleh orang awam ke Pejabat Imigresen kerana tiada pas perjalanan yang sah.
Namun disebabkan pejabat telah tutup, wanita terbabit kemudiannya bertemu dengan tertuduh dikenali sebagai Pak Sop.
Tertuduh telah mengajak wanita terbabit ke rumahnya di Kampung Limau Manis dan berjanji membantunya mendapatkan pekerjaan.
Sepanjang tinggal bersama, wanita terbabit telah dipaksa mengadakan hubungan seks beberapa kali dengan tertuduh yang menanggung segala makan minum dan tempat tinggalnya.
Dia bagaimanapun melarikan diri sebelum diserahkan oleh orang awam kepada Jabatan Imigresen pada 22 Disember tahun lalu.
Tertuduh merayu hukumannya diringankan dengan alasan telah berusia selain mendakwa bersikap jujur dengan mengakui kesalahannya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin yang mengendalikan pendakwaan, memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan tertuduh melibatkan pemerdagangan manusia dan kepentingan awam.

0 comments:
Post a Comment