GANESAN MAUT DITIKAM
Kematian seorang pemandu lori ditikam di rumahnya di flat Taman Petaling Utama,
Jalan PJS 1/52, di sini, Khamis lalu, dipercayai didalangi isterinya yang mengupah
empat remaja lelaki untuk melakukan pembunuhan itu.
Suspek disyaki merancang komplot membunuh suaminya apabila hubungan
sulitnya dengan seorang lelaki muda diketahui mangsa.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata isteri
pemandu lori berusia 34 tahun itu disyaki berpakat dengan kekasihnya berusia
22 tahun untuk membunuh mangsa berikutan dia menghalang
hubungan mereka yang sudah terjalin lebih setahun.
Menurutnya, siasatan mendapati pasangan kekasih itu yang kini menjadi suspek
utama kes berkenaan mengupah empat remaja lelaki, termasuk dua pelajar berusia
16 tahun untuk membunuh mangsa dengan menyediakan upah sebanyak RM5,000 seorang.
“Pada hari kejadian empat remaja terbabit dan suspek
utama
lelaki memasuki rumah mangsa dengan bantuan wanita berkenaan
yang membukakan pintu sebelum mereka menyerang mangsa sedang tidur.
“Mangsa ditikam dengan parang di belakang badan dan tangan sebelum berlari
keluar dalam keadaan berlumuran darah untuk mendapatkan bantuan.
Dia bagaimanapun maut akibat
kecederaan parah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Petaling Jaya, di sini, semalam.
Fara Rauf
0 comments:
Post a Comment