JAMBATAN Story yang merintasi Sungai Brisbane menjadi tempat Lees mencampak anaknya sebelum dia sendiri membunuh diri, semalam. |
BRISBANE: Seorang pengadil ragbi antarabangsa yang mengajar di sebuah sekolah
eksklusif, mencampak bayi lelakinya dari sebatang jambatan sebelum melompat
membunuh diri, semalam.
eksklusif, mencampak bayi lelakinya dari sebatang jambatan sebelum melompat
membunuh diri, semalam.
Jason Lees, 40, mencampak anak lelakinya yang baru berusia dua tahun dari
ketinggian 74 meter di Jambatan Story sebelum dia melompat dan terdampar
di pinggir tebing Sungai Brisbane. Ketika hidup, Lees mengajar di
Sekolah Menengah Gereja Anglican di bandar raya Brisbane,
selain menjadi pengadil Kesatuan Ragbi Antarabangsa.

“Kehilangan Lees sangat dirasai di kalangan penduduk setempat serta
semula pelajar yang pernah mendapat bimbingannya,” katanya.
semula pelajar yang pernah mendapat bimbingannya,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis Queensland berkata, Lees menunggang
basikal dan memasuki laluan pejalan kaki di sisi jambatan berkenaan pada awal pagi.
Lees kemudian mencampak anaknya melepasi palang keselamatan jambatan.
“Dia kemudian memanjat palang itu sebelum melompat,” katanya.
Kejadian itu sama dengan insiden pada 2009 apabila Arthur Freeman, 37,
mencampak anak perempuannya - berusia empat tahun - dari
Jambatan Westgate di Melbourne.
Bagaimanapun, Freeman tidak membunuh diri, sebaliknya menyerah diri
kepada polis sebelum dihukum penjara seumur hidup.
Saksi berkata, Lees membunuh diri kira-kira jam 3.30 pagi.
Katanya, orang awam menghubungi polis dan pasukan keselamatan berkejar
ke tempat kejadian.
“Tetapi tiada apa yang dapat dilakukan terhadap Lees atau anaknya,” katanya.
Difahamkan, Lees berasal dari Kanada.
Polis yakin bayi malang itu tidak terbabit dalam pertikaian hak penjagaan kerana
siasatan mendapati, keluarga Lees hidup bahagia sebelum ini.
Ia berbeza seperti insiden membabitkan Freeman.
Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif kejadian.
Fara Rauf
0 comments:
Post a Comment