PEMAIN AC Milan Zlatan Ibrahimovic (kanan) berjaya mengawal bola dari pemain Arsenal Laurent Koscielny dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, di Milan sebentar tadi.
AC Milan menang besar 4-0.
Kelab gergasi Itali, AC Milan menghampiri saingan ke suku akhir Juara-Juara Eropah apabila membenam kelab Inggeris, Arsenal 4-0 dalam perlawanan pertama pusingan kedua di San Siro, awal pagi tadi.
Gol disumbangkan oleh Kevin-Prince Boateng pada minit ke-15, dua lagi menerusi Robinho pada minit ke-38 dan minit ke-9 manakala penalti Zlatan Ibrahimovic melengkapkan kemenangan bergaya Milan untuk gol keempat pada minit ke-79.
Ini bermakna pada perlawanan kedua nanti di Stadium Emirates dalam masa tiga minggu lagi, kehadiran Milan hanya sebagai memenuhi syarat pertandingan sahaja.Gol disumbangkan oleh Kevin-Prince Boateng pada minit ke-15, dua lagi menerusi Robinho pada minit ke-38 dan minit ke-9 manakala penalti Zlatan Ibrahimovic melengkapkan kemenangan bergaya Milan untuk gol keempat pada minit ke-79.
Malah, kehadiran Thierry Henry untuk aksi terakhirnya sebelum kembali ke New York Red Bulls gagal mencetuskan inspirasi kepada anak buah Arsene Wenger.
“Kami seolah-olah tidak berada di padang. Aksi kami amat teruk sama ada di bahagian serangan atau pertahanan.
"Ia amat memilukan apabila kelemahan di mana-mana saja. Ia adalah persembahan terburuk kami di Eropah setakat ini," kata Wenger
Fara Rauf
0 comments:
Post a Comment