BERITA : PEMANDU TEKSI TERLEPAS HUKUMAN MATI

by 2:59 PM 0 comments
MOHD. FAZLI



Pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil yang didapati bersalah membunuh anak perempuan teman wanitanya tiga tahun lalu, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meminda pertuduhan terhadapnya kepada menyebabkan kematian kanak-kanak itu.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Malik Ishak dalam keputusan sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap Mohd. Fazli, 31, kerana menyebabkan kematian Syafiah Humaira Sahari, 3.
Abdul Malik memutuskan sabitan Mohd. Fazli bagi kesalahan membunuh tidak selamat kerana masih terdapat keraguan siapa yang menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala kanak-kanak malang itu.
Beliau berkata, laporan bedah siasat menunjukkan Syafiah Humaira mengalami kecederaan di kepala dan bahagian perut.
"Kami sudah mempertimbang keterangan saksi pendakwaan dan mendapati kecederaan di bahagian perut kanak-kanak itu adalah jelas akibat perbuatan Mohd. Fazli yang menendang serta memijak mangsa dengan but bola sepaknya," katanya.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment