SUKAN : BONUS AIDILFITRI

by 3:47 PM 0 comments
Bonus Aidilfitri!
Hadiah kemenangan, insentif tahunan Liga-Makan dikreditkan dalam akuan pasukan, hari ini

Kelana Jaya: Semua pemenang Liga Malaysia (Liga-M) membabitkan Liga Super, Liga Perdana dan Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menerima hadiah kemenangan serta insentif tahunan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pasukan masing-masing, hari ini. 

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata sejumlah RM2.025 juta diperuntukkan kepada juara, naib juara dan tempat ketiga Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM, musim ini. 


Beliau berkata, sejumlah RM3.17 juta lagi diperuntukkan untuk wang insentif kepada semua 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana yang mana jumlah diberi adalah mengikut kedudukan terakhir mereka dalam liga.

Selain itu, katanya pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat yang mendapat liputan perlawanan secara langsung daripada Astro sepanjang musim lalu turut menerima bayaran pampasan berjumlah RM950,000.

Bayaran kepada pegawai perlawanan kejohanan bawah umur seperti bawah 17 dan bawah 14 hampir RM200,000 turut dikreditkan hari ini termasuk subsidi untuk Liga Futsal Kebangsaan 2012 yang turut berjumlah RM700,000.

Wang tunai RM8 juta 
“Semua bayaran itu membabitkan wang tunai kira-kira RM8 juta. Mungkin persatuan negeri dan kelab yang menang mahu memberi bonus kepada pegawai serta pemain mereka menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita pada majlis meraikan perpisahan bekas Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad di Wisma FAM, di sini, semalam.

Beberapa pihak termasuk penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebelum ini mempersoalkan wang penajaan RM30 juta setahun diterima FAM daripada Astro untuk hak penyiaran Liga-M yang sepatutnya diagihkan kepada pasukan tempatan yang menghadapi masalah kewangan.

Hamidin berkata, juara Liga Super memperoleh RM750,000, naib juara RM450,000 dan tempat ketiga RM300,000 manakala bagi juara Liga Perdana menerima RM300,000, naib juara RM150,000 dan tempat ketiga RM75,000. “Bagi juara Liga FAM pula, hadiah kemenangan yang diterima berjumlah RM60,000 dan naib juara RM30,000,” katanya.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment