BERITA : "Aku Dah Bunuh Anak Kau"

by 12:03 PM 3 comments


SERDANG: “Aku sudah bunuh anak kamu dua hari lalu, balik sekarang untuk jengguk dia,” kata seorang wanita berusia 57 tahun kepada anaknya selepas membunuh cucu perempuannya berusia 10 tahun dalam kejadian di Apartmen Koi Legian, Taman Kandan Baru, dekat Puchong, di sini, semalam.


Wanita terbabit menghubungi anak lelakinya jam 9.30 pagi selepas membunuh cucunya, Pow Mei Shuang, 10, dengan menekup bantal ke muka kanak-kanak itu. Bagaimanapun, bapa mangsa yang berusia 31 tahun gagal masuk ke dalam rumah kerana pintu utama dikunci dari dalam lalu meminta bantuan polis.

Sebaik polis memecah pintu, bapa mangsa terkejut melihat anak perempuannya terbaring kaku di atas katil di bilik utama di tingkat lapan manakala ibunya pula cuba membunuh diri dengan mengerat jari manis tangan kiri dengan pisau pemotong daging sebelum cuba terjun dari tingkap bilik.

Wanita terbabit yang tinggal bersama mangsa, bapa mangsa dan dua cucu lain mengalami kemurungan selepas menghadapi masalah kemerosotan perniagaan restorannya di Jalan Klang Lama.







Fara  Rauf


Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

3 comments: