Huh, lega hati bila dah selesai semua latihan dan akhirnya saya muncul buat kali pertamanya di kaca TV. Terbalas segala penat lelah sampai demam-demam uolz...
04. Mac 2013
Gila kencang pukul 5.30 pagi saya dah bagun okey. Siap siaga encik husband pun bangun. Sempat make up sendiri sebab takut 9 pengacara nak kena make up pagi tu, dengan make up artist (MUA) 2 orang je. Harus rasa bertanggungajwab pada diri sendiri untuk capai barang make up sendiri dan touch up muka ni. Walaupun tak pakai Mac, Maybelline.. Elianto pun boleh.. ahhahaah
Pkul 7.00 Pagi -
Sharp sharp sampai pkul 7.00 pagi. Sebelum start live pukul 7.30. dah agak dah bilik make up penuh pengacara lain dengan pembaca berita lagi. Tak risau sangat sebab dah make up. Tinggal lagi Bg MUA RTM touch up je.
Pukul 7.30 Pagi -
Ha kau... Lepas je Hezri, Yen Nee dan Nurata start.. Time kami di introduce kan pulak. Gugup hati tak tahu nak cakap apa sebab semalam tak datang rehearsal.
Ini lah hasilnya.. "saya harap kami diterima baik. Kami akan buat terbaik bukan sahaja untuk diri kami tetapi untuk RTM dan pastinya untuk Selamat Pagi 1Malaysia". Huh... ayat tu je yang mampu terkeluar dari mulut ni.
Apapun terima kasih bebanyak pada sponsor baju saya SALSABEELA MUSLIMAH ATTIRE dan penaja tudung ZAFA SCARF.
So harapnya, kehadiran saya diterima baik oleh semua pihak. Harap tiada pihak yang dengki-dengki ni. Tak kemana pun kalau kita mendengki. Apa salahnya kita kongsi rezeki yang Allah bersama. Itu lebih baik.. Wallahualam..
0 comments:
Post a Comment