INFO : LELAKI MERANGKAK 1000METER MOHON AMPUN ISTERI

by 11:44 AM 1 comments
 

Lelaki Ini Merangkak 1000 Meter Mohon Ampun Isteri!


Ketika diri sedang angau bercinta, apa sahaja perkara sanggup dilakukan untuk meraih kasih pasangan masing-masing.
Dalam proses bercinta, itu ini sanggup dilakukan. Sanggup berjumpa walaupun duduk berjauhan pun ada rela yang buat.
Lepas berkahwin, ramai yang berkata pasangan akan berubah perangai atau tabiat sedikit demi sedikit.
Tetapi tidak bagi seorang lelaki yang tidak dikenali di China.
Kerana berasa sangat bersalah terhadap isterinya, dia sanggup melakukan tindakan yang boleh dianggap kurang waras oleh orang ramai di China.
Lelaki itu telah curang dengan isterinya kerana mempunyai perempuan simpanan.

Dia telah merangkak sejauh 1000 meter yang bermula dari Putian, Wilayah Fujian kerana ingin memohon kemaafan dari isterinya.
Orang ramai yang melalui kawasan itu cuba untuk menghulurkan bantuan kepadanya.
Tetapi dia menolak dengan menyatakan dia sengaja melakukan perbuatan itu kerana ingin menebus kesalahan terhadap isterinya.
Setiap satu langkah merangkaknya, dia akan sujud di jalan sehinggakan dahinya berdarah.
Namun, seorang wanita tiba-tiba muncul dengan menaiki teksi dan terus membawa lelaki itu masuk ke dalam kenderaan tersebut.
Orang ramai yang melihat kejadian itu telah mengira langkah merangkak lelaki itu dan genaplah 1000 meter dia merangkak yang akhirnya berhenti di Zhengrong Times Square.
Tidak diketahui sama ada wanita itu isterinya atau perempuan simpanannya.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment:

  1. dasyat tu . . . pergh. .. :D
    bw here . . . jemput singgah and done follow : http://thisislarkin.blogspot.com/2013/03/christiano-ronaldo-reciting-quran.html

    ReplyDelete