INFO : BLACK OPS : OPERASI SABAH SELAMANYA

by 2:26 PM 0 comments

1. Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, dunia antarabangsa berkata sesama sendiri bahawa negara ini akan musnah dan terjerumus dalam konflik berdarah akibat rasnya terbahagi kepada tiga iaitu Melayu, Cina, India serta bumiputra yang lain.
2. Tidak ada negara dalam dunia yang akan kekal aman apabila kaum-kaum minoriti ini dari segi bilangan mengampiri jumlah kaum majoriti dan kuasa ekonomi pula dikuasai oleh bukan anak bangsa.
3. Sri Lanka juga merdeka dalam tempoh yang sama, negara pulau ini akan berjaya kerana masyarakatnya Sinhalese dan Tamil berkongsi jurai keturunan yang sama – itulah kata mereka (Sri Langka kemudian terjerumus dalam kancah perang perkauman selama berpuluh tahun)
4. Di Selatan Filiphina, bangsa Melayu yang dikenali sebagai orang Moro tersepit dan dijarah dengan penjajahan budaya serta agama.
5. Dihimpit dari pelbagai arah, akhirnya orang-orang Melayu Moro ini bangkit dengan kekuatan senjata, menentang ketidakadilan dan berjuang dengan titisan air mata dan darah untuk “survival” bangsa, budaya dan agama.
6. Pelbagai doktrin kejam dikenakan ke atas mereka tetapi akhirnya impian mereka menjadi nyata apabila kerajaan Filiphina dan MILF digandingkan oleh para pemimpin kita seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan DatukSeri Dr Zahid Hamidi bertemu untuk berdamai.
7. Berbalik kepada Persekutuan Tanah Melayu, akhirnya catur yang mereka (kuasa besar) mainkan gagal, dengan izin Allah, Persekutuan Tanah Melayu terus wujud aman dan negeri-negeri jiran yang berada di bawah naungan British, mahu masuk ke dalam persekutuan itu apabila dikhabarkan sebuah negara baru akan terbentuk iaitu MALAYSIA.
8. Minat Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah yang mahu memasuki Malaysiaseolah-olah tidak dapat dipercayai oleh negara jiran lain seperti Filiphina dan Indonesia.
9. Sarawak, Sabah dan Brunei yang berada jauh dari kuasa pusat iaitu Kuala Lumpurseharusnya berada di bawah Indonesia ataupun Filiphina.
10.Sekarang dunia menggosok mata apabila akan muncul sebuah lagi negara baru,Filiphina dan Indonesia yang merupakan “key player” di rantau ini menjadi kelam kabut, laungan peperangan dan permusuhan mula dipalu dan menuduh bahawa Malaysia ini merupakan sebahagian dari permainan imperialis penjajah.
11.Indonesia yang mana presidennya sedang dipengaruhi komunis mula melancarkankonfrontasi.
12.Konfrontasi perang yang kononnya dibuat untuk menghalau penjajah Inggeris dari bumi Sarawak dan Sabah akhirnya ditumpukan pula ke atas orang-orang Melayu sendiri diSemenanjung Malaysia melalui pendaratan askar payung terjung Indonesia ke Labis,Johor tetapi mereka kesemua habis ditangkap atau dibunuh oleh askar-askar Melayu ketika itu.
13.Askar-askar Melayu yang sedang berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsaBersatu (PBB) di KongoAfrika terpaksa dipanggil balik ke tanahair untuk mempertahankan ibu pertiwi.
14.Secara amnya, kuasa tentera termasuk askar Melayu dan pasukan tentera British,Australia yang berada di Sarawak dan Sabah tidak mencukupi untuk mempertahankan negara baru ini dari serangan Indonesia yang ketika itu merupakan satu kuasa yang cukup besar di Asia Tenggara.
15.Dengan izin Allah sekali lagi, askar-askar Melayu ini berjaya menghalau kebanyakkan tentera Indonesia dan gerilanya, sejarah dunia mengiktiraf kejayaan askar-askar Melayuini menewaskan Indonesia.
16.Presiden Soekarno akhirnya diguling dan Indonesia kemudian bergolak pada peringkat dalaman, pertumpahan darah terjadi di antara mereka, jutaan rakyat pro komunis kemudian diburu dan disembelih oleh pihak tentera dan rakyat yang pro kepada ABRI.
SABAH DENGAN CINTA TIGA SEGINYA
17.Indonesia sudah cedera parah dan hampir K.O.
18.Kini Filiphina mencuba nasib, apabila Indonesia melancarkan perang, Filiphina tidak
mengangkat muncung senjatanya ke arah MalaysiaFiliphina hanya berani memutuskan hubungan diplomatik.
19.Menjelang hujung 60an, askar-askar Inggeris yang berada di Sarawak dan Sabah juga sudah beransur kurang dan negara baru Malaysia pula sedang bergelut dengan ancaman komunis termasuk di kawasan sempadan Kalimantan.
20.Filiphina tahu bahawa sejarah Sabah mempunyai kaitan dengan Kesultanan Sulu.
21.Negara itu berada dibawah seorang presiden yang berkaliber dan bercita-cita tinggi iaitu
Ferdinand Marcos.
22.Beliau mahu mendapatkan Sabah yang kaya dengan pembalakkan tetapi kekurangan
kekuatan angkatan tenteranya merupakan faktor penghalang.
23.Dengan mengambil kira kelemahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta kedudukan Kuala Lumpur yang agak jauh, pihak presiden merangka satu operasi sulit yang paling rahsia dalam sejarah Filiphina.
Saya di seat paling belakang semasa mendengar taklimat dari Pengerusi MILF Murad Ibrahim di PWTC baru-baru ini, sempat juga saya jumpa beliau dan tanya-tanya sikit soalan pasal Operasi Merdeka
Saya di seat paling belakang semasa mendengar taklimat dari Pengerusi MILF Murad Ibrahim di PWTC baru-baru ini, sempat juga saya jumpa beliau dan tanya-tanya sikit soalan pasal Operasi Merdeka
Pengerusi MILF Murad Ibrahim (gambar ehsan dari Google)
Pengerusi MILF Murad Ibrahim (gambar ehsan dari Google)
OPERASI MERDEKA : SABAH HARUS DIRAMPAS
24.Misi rahsia ini diberi gelar kod sebagai “OPERASI MERDEKA”.
25.Marcos kemudian memujuk seramai 300 pemuda dari anak bangsa Melayu Morountuk dilatih sebagai pasukan khas dan akan melaksanakan tugas-tugas sabotaj serta clandestine di Sabah termasuk dengan tujuan untuk menyemarakkan api permusuhan di antara rakyat Sabah ke atas kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur.
26.Mereka semua dilatih di sebuah kem khas di Pulau Corregidor, Filiphina dan Marcosmenyangka para anak bangsa Melayu Moro ini akan gelap mata dengan kisah-kisah dogeng bahawa kegemilangan kesultanan bangsa mereka akan berjaya ditegakkan diSabah.
27.Siang malam para pemuda ini dilatih dan pemikiran mereka didoktrinkan dengan kebencian ke atas Malaysia serta kegemilangan bangsa Melayu Moro jika Sabah berjaya ditawan.
28.Sehinggalah pada satu malam…………
29.Segalanya terjadi dengan izin Allah, yang mengasihani kita semua dan mahu memelihara negara ini dari segala api kebencian kerana sudah tertulis, negara ini akan muncul untuk membantu banyak bangsa dan umat Islam yang teranianya dari Bosniasampailah ke Rohingya, sudah tertulis bahawa tanah-tanah milik Melayu ini akan memberi perlindungan kepada mereka yang dizalimi (kisahnya saya akan tulis pada masa hadapan, Insya Allah).
30.Para pejuang ini menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila memikirkan tidak ada satu titis noda dosa pun yang ditimpakan oleh para saudara mereka di Sabah, khususnya Malaysia ke atas orang-orang Melayu Moro ini.
31.Mengapa perlu sebab mereka menentang dan membunuh saudara-saudara Islam dan sebangsa mereka di negara baru ini iaitu Malaysia.
32.Mereka kemudian nekad untuk balik ke kampung halaman masing-masing diMindanao walaupun mendapat tentangan dari jurulatih dan komander Filiphina mereka.
33.Pasukan komando dan tentera Filiphina kemudian memburu mereka, dengan senjata terhunus, peluru-peluru tidak bermata ini menembusi tubuh-tubuh pejuang bangsa Morotadi, gugurlah mereka syahid di tanahair sendiri.
34.Hujan turun lebat pada malam itu, membawa aliran darah yang tersimbah untuk mencuci bumi dan menghilangkan tangisan air mata dari para pejuang yang tidak putus-putus menyebut kalimah “La Ilah Ha Il Allah” di saat-saat menahan peri penderitaan dan kesakitan akibat tubuh dan nyawa yang sedang nazak untuk ditarik Malaikat Maut.
35.Akhirnya 299 pejuang yang berani itu gugur syahid dalam peristiwa hitam yang dikenali
sebagai “Pembunuhan beramai-ramai Jabidah” yang berlaku pada tahun 1968.
Pejuang Moro, adakah anda tahu bahawa sayap pertempuran dan politik mereka ditubuhkan di bumi Malaysia???
Pejuang Moro, adakah anda tahu bahawa sayap pertempuran dan politik mereka ditubuhkan di bumi Malaysia???
36.Musuh-musuh dan para pembunuh ini fikir mereka mungkin mampu menyembunyikan dosa hitam mereka tetapi mereka tidak menyedari, seorang dari mangsa pembunuhan berama-ramai ini berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan cedera parah untuk balik ke kampungnya.
37.Habis dipanggil seluruh kampung dan masyarakat serta orang-orang tua, para ustaz dan ulamak bangsa Melayu Moro berkenaan untuk mengetahui pembunuhan dan sembelihan beramai-ramai 299 pejuang mereka yang ditipu oleh tentera Marcos.
38.Akibat dari kejadian ini, masyarakat Islam dan Melayu Moro bangkit dengan sejata dan
pada zaman itu, Moro National Liberation Front (MNLF) ditubuhkan di lokasi yang dirahsiakan di Malaysia.
39.MNLF kemudian diganti dengan Moro National Liberation Front (MILF).
MALAYSIA STRIKES BACK
40.Tahun 1981Tun Mahathir Mohamad mula berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Allahyarham Tun Hussein yang meletak jawatan.
41.Tun tahu bahawa para pejuang Moro ini sudah lama meminta bantuan Malaysia danTun tahu, Tun Abdul Razak (ayah Najib) sudah menjalinkan hubungan yang istimewa dengan para pejuang Moro ini.
42.Tidak ada tempat lain untuk para pejuang yang teranianya ini untuk mengadu nasib dan meminta perlindungan, latihan serta senjata kecuali kepada saudara-saudara mereka yang berada dalam Malaysia ini.
43.Bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan Malaysia terus diberi tetapi harus dirahsiakan kerana ini akan menjejaskan hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dengan Manilamalah jika ia bocor, ia akan memberikan imej yang kurang menyenangkan mengenai negara ini di mata dunia.
44.Rakyat tidak ramai yang mengetahui kisah ini dan saya seringkali merasa sedih kerana ramai rakyat mudah memperlekehkan pemimpin sendiri, negara sendiri dan angkatan tentera kita.
45.Di bawah Mahathir, hubungan kerajaan Malaysia diteruskan untuk membantu para pejuang Moro dan pada malam dingin, bot-bot laju milik komando Malaysia bergerak membelah ombak dan mengharungi pekat malam dengan berpandukan bintang di langit untuk menghantar bekalan senjata dan peluru kepada saudara-saudara mereka diMindanao dan pulau-pulau di sekitarnya.
46.Para pejuang dan para komander mereka di bawa balik ke Semenanjung Malaysiauntuk dilatih di kem-kem rahsia milik tentera dengan taktik peperangan gerila yang baru sahaja membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menundukkan ancaman pengganas komunis.
47.Ya saudara-saudara, Amerika Syarikat (AS)Peranchis dan banyak lagi negara tersungkur di bawah kaki komunis, tetapi Malaysia, kita menjadi satu-satunya negara yang berjaya menewaskan para petualang tanahair ini.
48.Anak isteri tidak tahu ke mana suami-suami mereka bermalam, ayah dan ibu tidak tahu ke mana anak-anak mereka ini bermain sebagai anggota tentera.
49.Para komando ini tahu, jika tertangkap, mayat mereka akan berkubur di laut atau ditanam di tanah bumi asing tanpa sebarang kibaran bendera, tanpa sebarang tanda kecuali tangisan isteri dan anak-anak yang bakal kehilangan suami serta bapa-bapa mereka dengan alasan yang mampu diterima akal.
50.Amanah negara harus dipegang….saudara Islam yang teranianya harus dibantu.
51.Tun juga tahu dari maklumat yang disampaikan oleh para pejuang Islam Melayu Moroini, bahawa Filiphina masih mahu menuntut Sabah dan mempunyai bukti serta dokumen-dokumen yang kukuh untuk mendapatkan Sabah hasil dokumentasi yang diperolehi apabila kesultanan Sulu berjanji dengan Syarikat Hindia Timur dulu.
OPERASI SABAH SELAMANYA
52.Tun Mahathir kemudian memanggil komander-komander komando ini untuk memberikan amanat penting demi untuk menyelamat negara dari terjebak ke dalam satu kancah yang akan memberikan impak besar kepada penubuhan Malaysia.
51.Perdana Menteri itu sudah mendapat tahu dokumen mengenai Sabah dari KesultananSulu wujud dan ia perlu diambil, apa sekali pun, operasi itu dikenali sebagai OPERASI SABAH SELAMANYA
Agak-agaknya macam inilah tujuh komando tu buat operasi (gambar ehsan dari para kroni saya di forum Panggilan Pertiwi)
Agak-agaknya macam inilah tujuh komando tu buat operasi (gambar ehsan dari para kroni saya di forum Panggilan Pertiwi)
Tujuh lelaki Melayu yang paling berani...(gambar hiasan je, gambar dari sahabat saya Falihin, Dinding Straits Photography, member punya pasal, kenalah letak kredit)
Tujuh lelaki Melayu yang paling berani…(gambar hiasan je, gambar dari sahabat saya Falihin, Dinding Straits Photography, member punya pasal, kenalah letak kredit)
52.Operatif-operatif dan agen rahsia Malaysia sudah pun berada di Manila untuk mencari dokumen tersebut dan melalui tawaran rasuah ratusan ribu dollar AS, dokumen tersebut yang tersimpan rapi dalam Istana Presiden iaitu Istana MalacanangManila berjaya di bawa keluar oleh para pengkhianat Filiphina.
53.Sekarang Tun Mahathir mengarahkan komando-komando ini untuk berjumpa dengan kontek dan membawa keluar dokumen tersebut dengan selamat.
54.Maka pasukan komando menghantar 7 orang anggota terbaik pada zaman itu keManila untuk membuat hubungan dan menyelamatkan dokumen tersebut, mereka semua sudah berlatih dalam model istana tiruan Malacanang yang dibina khas untuk tujuan penetrasi di Pahang.
55.Kehadiran komando ini dibuat melalui jalan laut dengan bantuan para pejuang Morokerana kedatangan secara rasmi sebagai pelawat akan mendedahkan komplot tersebut.
56.Dokumen bertukar tangan tetapi tanpa disedari, malangnya, pasukan khas  Filiphinasebenarnya sudah mula menghidu rancangan rahsia ini.
57.Para komando Malaysia itu terperangkap.
58.Tujuh lelaki Melayu yang gagah berani terpaksa lawan puluhan mungkin ratusan komando dan para pengawal Istana Presiden.
59.Peluru berganti…tembakan bertalu-talu dilepaskan…jerit pekik dan kekalutan berlaku,
trafik dari saluran keselamatan tentera Filiphina tiba-tiba menjadi kelam-kabut dan penuh aktiviti.
60.Pihak perisikan ATM yang memantau saluran radio tentera Filiphina mula berasa tidak kena, jantung mereka berdengup kencang kerana nasib negara bergantung kepadatujuh lelaki Melayu tadi.
61.Segala-galanya menjadi sengal, tiba-tiba keadaan yang pada mulanya berpihak kepada negara kita kini hampir berpusing 360 darjah apabila para komando Malaysia yang gagah berani ini terkepung.
62.Masa hadapan negara kita benar-benar “TERGANTUNG” dalam keadaan yang sangat bahaya dan kritikal jika para komando ini tertangkap.
63.Bekalan peluru yang sangat sedikit tidak memungkinkan para komando Melayu ini membuat perhitungan yang lebih jauh.
64.Dengan segenap tenaga yang ada dan dengan izin Allah juga, para komando kita berjaya menyelamat diri dan seterusnya membawa pulang dokumen yang sangat-sangat penting untuk kestabilan Malaysia.
65.Sebelas orang yang terdiri dari pengawal Istana Presiden dan komando Filiphinaterkorban dalam insiden yang berlaku sekitar tahun 1980an itu.
SENGKETA YANG LAMA AKHIRNYA PUDAR
66.Kejayaan ini Malaysia menyelamatkan dirinya dari malu besar disambut secara kecil-kecilan dikalangan orang-orang kepercayaan pihak tentera dan Perdana Menteri.
67.Filiphina berterusan menuntut Sabah sehingga ke hari ini tetapi ibarat ayam berkokok,
kokoknya dipandang sinis, sehingga sekarang negara itu tetap menjalankan perang sarafnya tetapi ini episod lain yang akan saya cerita kemudian hari.
68.Ferdinand Marcos kemudian diguling rakyat selepas beliau terlibat dalam pembunuhan seorang ahli politik Filiphina iaitu Benigno Aquino dan beliau serta isterinya melarikan diri ke AS.
69.Presiden yang kejam itu akhirnya mati dalam buangan pada 28 September 1989 diHawai, AS.
70.Segalanya hampir selesai, kini masalah Sabah sudah diselesaikan dan Filiphina pula terus dihantui oleh serangan siang malam para pejuang Islam Moro Filiphina.
71.Kerajaan Melayu Islam di Kuala Lumpur pula tidak pernah melupakan penderitaan saudara-saudara mereka di Mindanao, usaha damai dirintis malahan, kerajaan Malaysiatidak lokek untuk menghantar askar-askar ke Selatan Filiphina untuk memastikan kedamaian wujud, walaupun penghantaran ini tidak mendapat tajaan dari PBB.
72.Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak pula, beberapa kali mengarahkanZahid Hamidi untuk bertemu dengan para pejuang dan juga kerajaan Filiphina untuk mengukir damai.
73.Sudah terlalu lama, umat Islam Moro ini menderita api peperangan dan penderitaan, beratus tahun mereka berjuang menentang penjajahan Sepanyol, kemudian AS dan pada sejarah moden, terpaksa menentang kerajaan sendiri yang menzalimi mereka dengan penganiayaan dan pembunuhan beramai-ramai.
Najib dan Presiden Filiphina tersenyum selepas melihat perjanjian damai Manila antara MILF dan kerajaan Filiphina
Najib dan Presiden Filiphina tersenyum selepas melihat perjanjian damai Manila antara MILF dan kerajaan Filiphina
74.Akhirnya, melalui usaha kerajaan dan para pemimpin Melayu Malaysia, kedua-dua pihak yang sudah bertelagah lebih dari 30 tahun itu akhirnya duduk semeja menandatangani rangka perjanjian yang akan membawa pemerintahan berautonomi di Selatan Filiphina.
75.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Filiphina Benigno Aquino III melihat perjanjian bersejarah itu termeterai pada 15 Okt 2012 diManila.
76.Benigno Aquino III pula adalah anak kepada ahli politik yang telah dibunuh oleh Marcos yang saya ceritakan pada para ke 66 tadi.
77.Najib  tersenyum kesyukuran kerana bantuan yang mulakan oleh ayahnya dengan membenarkan para pejuang Moro membentuk MNLF di bumi Malaysia akhirnya terhasil.
78.Wilayah autonomi itu akan dikenali sebagai tanah BANGSAMORO.
79.Akhirnya ayat ini, mailah kita sedekahkan Al Fatihah kepada 299 pejuang Islam Moroyang syahid itu tadi serta kepada tujuh komando kita itu.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment