Budak lima tahun maut dipercayai didera ibu tiri
SEPASANG suami isteri dikenakan reman oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam setelah dipercayai mendera kanak-kanak berusia lima tahun sehingga menyebabkan kematian di Kampung Jubakar Pantai, Tumpat.
Seorang budak berusia lima tahun bukan sahaja tidak diberi makan malah turut didera dipercayai oleh ibu tirinya sehingga mengakibatkan si kecil itu pecah usus besar dan cedera di buah pinggangnya.
Ummi Amilia Azman meninggal dunia pukul 8.56 pagi semalam ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini bagi mendapatkan rawatan selepas mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri.
Kejadian berlaku di rumah nenek tirinya di Kampung Jubakar Pantai, Tumpat.
0 comments:
Post a Comment