BERITA : ADA PEMBUNUH ASING CUBA BUNUH KIRAM

by 9:42 AM 0 comments

Jurucakap kumpulan pengganas Kiram, Abraham Idjirani mendakwa satu skuad pembunuh asing telah tiba di negara ini untuk membunuh ketuanya, Jamalul Kiram III dan penasihat, Pastor ‘Boy’ Saycon.

Akhbar Filipina yang memetik Idjirani sebagai berkata, seorang pegawai tentera asing berpangkat kolonel bersama empat anggota komando telah tiba di negara ini.

Beliau kemudian meminta Biro Siasatan Nasional, polis dan tentera untuk menyiasat tentang perkara itu.

‘‘Mereka (tidak disebut siapa) dipercayai telah mengupah tiga orang pembunuh tempatan untuk membunuh Kiram dan pengikut-pengikutnya yang lain,’’ dakwanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Idrijani mendakwa berdasarkan maklumat yang diterimanya, skuad pembunuh itu kini berada di Hotel Maxim di Pasay City.

Beliau mendakwa pihaknya mengetahui rancangan cubaan bunuh tersebut apabila dimaklumkan oleh seorang peguam.




Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment