BERITA : PENGGANAS KIRAM MENGAKU DIBAYAR

by 9:42 AM 0 comments
ANGGOTA polis mengawal ketat salah seorang dari lapan pengganas Kiram selepas didakwa di Mahkamah Tinggi, Tawau, Sabah, semalam. 

Seorang lelaki pengikut kumpulan pengganas Kiram yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendakwa tindakannya menceroboh Lahad Datu adalah kerana diarah dan dibayar oleh seseorang.

Holland Kalbi yang menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan pengganas turut menyifatkan tindakannya itu sebagai bodoh.

Bagaimanapun Hakim P. Ravinthran menjelaskan pengakuan itu tidak direkodkan kerana tertuduh tidak diwakili peguam bela manakala prosiding berkenaan hanya untuk membacakan pertuduhan kepada tertuduh-tertuduh bagi mencatatkan sama ada mereka memahaminya atau tidak.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment