Korang tau tak apa itu OTITIS MEDIA? Kalau tak tahu baik Google sekarang!.
Ahaahhaah.. meh sini nak share kan...
Tahukah anda mengenai penyakit Otitis Media? Ramai sebenarnya kurang menyedari tentang penyakit ini.
Otitis Media ialah satu jangkitan pada telinga tengah yang berlaku apabila tiub Eustachian tersumbat dengan cecair dan seterusnya dijangkiti oleh bakteria atau virus. Apabila ini berlaku, cecair tersebut menghalang penyaluran bunyi yang betul dalam telinga anak anda .
Kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun adalah lebih mudah dijangkiti Otitis Media tetapi jangkitan telinga juga boleh berlaku pada orang dewasa. Tiub Eustachian kanak-kanak adalah lebih sempit dan pendek berbanding dengan orang dewasa, jadi cecair lebih mudah untuk terperangkap dalam telinga tengah. Apabila ini berlaku, keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.

Anak anda tidak akan dapat mendengar bunyi yang lembut dan mereka tidak dapat mendengar jika anda berbisik kepada mereka.
Jika cecair dalam telinga tengah bertambah pekat, kehilangan pendengaran yang lebih teruk akan berlaku dan anak anda mungkin tidak dapat mendengar apabila anda bercakap dengan mereka pada kelantangan bunyi yang biasa.
Jika anak anda mengalami kehilangan pendengaran, maka mereka mungkin tidak dapat memahami perkataan atau frasa tertentu, ataupun mereka mungkin bercakap dengan lebih kuat daripada biasa.
SIMPTOM-SIMPTOM Otitis Media ini adalah seperti :
- Mereka tidak kelihatan terperanjat atau
terkejut oleh bunyi yang kuat.
- Mereka tidak berpaling untuk mencari sumber
bunyi.
- Apabila mereka mencapai umur satu tahun,
mereka masih tidak dapat bertutur perkataan
mudah seperti "papa" atau "mama".
- Mereka mengalami kelambatan dalam
pertuturan.
- Pertuturan mereka tidak jelas atau sukar
difahami
- Mereka sering gagal mematuhi arahan anda.
- Anda perlu sentiasa mengulang apabila anda
bercakap dengan anak anda supaya dia faham.
- Mereka menonton TV atau mendengar muzik
dengan bunyi yang kuat.
Anda harus peka terhadap perkembangan anak-anak anda, ambil langkah-langkah pencegahan awal dan jangan biarkan ianya berlanjutan. Dapatkan segera rawatan Doktor. Ini kerana ketidakpekaan anda mungkin menyebabkan anak anda hilang deria utama, kehilangan pendengaran
Ha.. sekarang korang dah tahu kan? So baik peka jangan sampai dah pekak baru nak pergi cek. Pendengaran ni anugerah Allah sebagai pancaindera penting dalam tubuh manusia...
0 comments:
Post a Comment