BERITA : KRONOLOGI & GAMBAR ANGGOTA TENTERA PERTAMA TERKORBAN

by 10:11 AM 0 comments
Semalam gugurnya 2 orang lagi perwira negara dalam Ops Daulat. Kali ini anggota tentera Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24 tahun dan Farhan Roslan, 21tahun. 


PERTEMPURAN 6 JAM


1. Pasukan keselamatan bertembung pengganas jam 7.45 pagi. Di situ berlaku pertempuran dan musuh melarikan diri. Anggota pasukan keselamatan menjejaki musuh dan sekali lagi bertempur pada jam 10.45 pagi sebelum Prebet Ahmad Hurairah gugur.

2.  Seorang tentera terkorban manakala seorang cedera dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, berhampiran Kampung Tanjung Batu.

3. Bagaimanapun, dua pengganas Sulu turut dibunuh manakala seorang lagi dipercayai cedera tetapi dibawa lari rakannya ketika Ops Daulat memasuki hari kelapan dengan pertempuran bermula jam 7.45 pagi hingga 1.50 tengah hari. 


4. Seorang anggota tentera kita gugur manakala seorang lagi cedera dan dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
Gambar dipercayai Allahyarham Ahmad Hurairah yang ditembak hendap oleh  pengganas Sulu namun ada juga mengatakan gambar ini adalah 1124833 Kpl Khairul Anuar yang ditembak di Lahad Datu pagi semalam.Namun kenyataan rasmi dari pihak PDRM belum diperolehi setakat ini. 
ANGGOTA tentera dilihat mengusung keranda ke Jabatan Kecemasan Hospital Lahad Datu, kira-kira jam 4 petang semalam

5. Mangsa adalah dari Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan Tawau dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan. 

6. 4.00 pagi - Jenazah diterbangkan dari Tawau ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang


7. 8.00 pagi - Jenazah anggota tentera terkorban tiba Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dengan Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21. 


7. Perdana Menteri, Panglima Tentera antara yang hadir memberi penghormatan terakhir buat perwira negara.

8. ISMAIL Hussin, 55, menunjukkan sms terakhir yang dihantar anaknya, prebet Ahmad Hurairah, 24, (gambar kecil) yang terkorban dalam Ops Daulat di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah, 


9. Arwah Ahmad Hurairah yang masih bujang, berhasrat untuk berkahwin selepas tamat Ops Daulat tidak kesampaian.

10. Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati.

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah semoga beliau ditempatkan dikalangan para Syuhada yang memperjuangkan keselamatan negara. 

Usah dipolitikkan isu sebegini, negara Malaysia belum sedaif itu untuk mengorbankan anggota keselamatannya demi kepentingan politik. Jika parti pembangkang benar mengapa tidak mereka juga hadir ke sana memberi bantuan sewajarnya. Dalam saat genting sebegini, kita semuanya harus bersatu tanpa mengira bangsa dan agama. Keadaan begitu hanya lebih merumitkan keadaan dan memudahkan penceroboh mengambil kesempatan.  Wallahualam..



Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment