BERITA : KEKAYAAN ANWAR IBRAHIM : ASET, SAHAM DAN WANG BERNILAI RM 3 BILION

by 9:41 AM 0 comments

Kekayaan Anwar Ibrahim : Aset, Saham dan Wang Bernilai RM3 Bilion?

Mingguan Malaysia memberikan liputan secara besar-besaran bagi pembongkaran semula satu skandal yang melibatkan Anwar Ibrahim didakwa memilki kekayaan sehingga RM3 bilion pada halaman muka hadapan, halaman ketiga dan juga halaman keempat. Apa yang boleh dikatakan di sini pendedahan semula skandal Anwar ibrahim yang melibatkan satu angka yang “cukup menggerunkan” kalangan pemerhati politik dan pembaca setia Mingguan Malaysia.
Pendedahan semula yang dibangkitkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yaasin, merujuk kepada Statutory Declaration (akaun Bersumpah) bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid bagi tuduhan kes terhadap Anwar Ibrahim 13 tahun yang lalu.
Walaubagaimanapun, semakan semula kami mendapati terdapat akaun bersumpah yang telah dibuat oleh bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Abdul Razak bin Idris :
  1. Terlibat menyiasat kes Anwar Ibrahim yang pernah ditimbulkan oleh media arus perdana pada waktu itu secara menyeluruh oleh BPR
  2. Merupakan salah seorang saksi kes saman Anwar Ibrahim ke atas NST dan Rose Ismail.
Mungkin dokumen di atas boleh membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuat siasatan semula terhadap dakwaan kes salahlaku Anwar Ibrahim sejumlah RM3 bilion yang ditimbulkan baru-baru….Samada SPRM mahu terus menyiasat sepantas kilat atau mahu terus menutup kes ini, kami pulangkan semula “bola tanggung” ini kepada SPRM untuk menjawab
Walaupun sebelum ini kami pernah mengeluarkan laporan berita yang bertajuk, “Harta Menteri Malaysia Tidak Boleh Didedahkan Kerana Boleh Membahayakan Keselamatan Menteri?” di mana ruang undian yang telah kami buka sebelum ini menunjukkan 97% responden Berita Semasa bersetuju jika semua harta menteri didedahkan kepada umum. Tetapi nampaknya cadangan yang telah dibuat oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Panel SPRM, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh belum memnampakkan perkembangan yang baik ketika ini.
P/S : Sekali lagi kami berharap agar cadangan supaya harta menteri dan ditambah juga hartah wakil-wakil rakyat tidak kira daripada kalangan wakil rakyat daripada parti Barisan Nasional mahupun daripada Pakatan Rakyat, mesti didedahkan kepada umum.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment