DIARI : SHOOTING 3 DALAM 1

by 10:26 AM 4 comments
Assalamualaikum.. wahh dah berapa minggu baru la sempat share shooting hari tu punya.. Actually 30 Mac 2013 yakni hari Sabtu saya dah pergi shooting ke Melaka. 

Hari Jumaat, Lepas balik kerja dari IKIM, pkul 6 terus gerak ke Melaka. Nak jadi cerita masa ni jam gila sebab tengah cuti sekolah. perghh, pkul 11 malam baru jejak Ayer Keroh. Sampai je sana terus ngeteh dengan geng Lanun Bikers Melaka sebab nak briefing untuk shooting esoknya.

Esok pagi-pagi dah bersiap. Make up sendri je uols.. Bukan retis nak bawak Make Up Artist (MUA) kan.. hahah inilah wajah yg dah siap diconteng

Tudung Sponsored By ZAFA SCARF

7.30 pagi - Bersiap, lepas tu terus pergi Pantai Klebang Breakfast



10.00 pagi - Mula Shooting Task 1 - Muzium Kapal Selam. Korang tau apa ada kat Muzium ni? request komen kat bawah dulu. Nanti saya story mory,, (hahah nampak tak kemalasan disitu?


 12.00 tengahari - mula shooting Task 2 - Coconut Shake. Ramai gila orang kat sini.. Masa ni saya interview Owner pengasas ataupun boleh kita kata pelopor Coconut Shake ni. 

Meh nak story sikit, pakcik Shafie ni sebenenarnya pencen tentera. Lpas pencen dia mula jual air tebu, rasa xberapa untung, dia jual pulak air kelapa. Lepas tu, rasa macam so-so je, dia dengan adik ipar dia seorang doktor, mula buat inovasi terhadap air kelapa setelah beberapa kali cobaan dibuat maka terhasilnya transformasi Coconut Shake ini. 

Lepas tu, saya interview beberapa orang kat sini, termasukla Shat, pelajar UITM Shah Alam ni. Thanx dear for ur kind cooperation.



Pukul 2.30 petang - Shooting Task 3 - Big Bike bersama Lanun Bikers. Actually  saya dah lama kenal Lanun Bikers since 2011. Cuma kali ni dalam "Apa Kata Fara" saja je la nak sentuh bab big bike coz of my passion.. Tapi takut-takut lagi.. hahaha acaner tu. Apapun best dengan dyoerg ni senang beri kerjasama n yang best sekali mereka ni sanggup shoot beberapa kali untuk menghasilkan shoot yang terbaik. 

Kak ida ni bawak Z1000 okey, mengaum tak hengattt




Huh, begitulah seharian shooting. Tak rasa penat pun sebab have fun dan enjoy dengan setiap shooting.

Setiap shooting mengajar saya tentang sejarah Malaysia, tentang pemakanan, tentang kerjasama, tentang hidup, tentang memberikan komitmen dan menghasilkan yang terbaik. Apapun saya syukur pada Allah swt sebab beri ruang pada saya merasai semua ni walaupun cuma sekadar tempelan di RTM. Saya bermula dari bawah. Dan saya harap sokongan anda semua akan bawa saya terus naik membina empayar FARA RAUF. acececece.. mcm nak buka akademi pulak.. mana tau kan sok sok tua dah tak laku.. bukan akademi pengacaraan pulak kan... 

Hahahah sudah mengarut sudah.. Mekasih daun keladi sudi baca.. Lepas ni komen sekali...

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

4 comments:

  1. Wahhhh....sronok kan. Tp hasil contengan yg menarik...hehehe

    ReplyDelete
  2. wah...seronok nyer...kalau lah sy ada peluang mcm ni, conform xlepas punye...
    good job!!!

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. ridzwan - seronok sgt... heheh make up simple2 blh la..

    ReplyDelete
  4. Munirah - itulah.. sy appreciate apa yg ada skrg ni... bkn semua org dpt merasa kan... thanx dear!

    ReplyDelete