INFO : RINGKASAN 10 MANIFESTO PAKATAN RAKYAT

by 9:35 AM 1 comments
Manifesto Pakatan Rakyat PRU 13 

Tak dapat kita nafikan Pilihanraya Umum ke 13 kali ni merupakan PRU yang paling sengit dalam sejarah, baik pihak Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, kedua dua ada peluang yang sama. Susah nak jangka. Dalam post lepas kita dah tengok Manifesto Barisan Nasional. Yang ni pula adalah Manifesto Pakatan Rakyat.

Manifesto Pakatan Rakyat PRU 13 - Terbakor
1) Manifesto Pakatan Rakyat (Monopoli)
  • Menghapuskan monopoli termasuklah melakukan perjanjian semula dengan taikun pengeluar tenaga bebas (IPP) dan bubar 1Malaysia Development Bhd. dan menggantikan dengan Suruhanjaya Anti Monopoli.
  • Suruhanjaya Kontrak Awam diwujudkan bagi menilai semula konsesi berat sebelah, tender terbuka, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.
2) Manifesto Pakatan Rakyat (Projek)
  • Mengkaji semula perancangan untuk penabaikan projek penapisan petroleum di Pengerang, Johor
  • Mengkaji semula deretan projek empangan di Sarawak ketika ini
3) Manifesto Pakatan Rakyat (Alam Sekitar)
  • Mengkaji semula undang-undang alam sekitar termasuklah undang-undang pembalakan
  • Menghentikan segera projek kontroversi nadir bumi Lynas di Gebeng Pahang
4) Manifesto Pakatan Rakyat (Pendidikan, Kerja Kosong, Kemahiran, Perniagaan & Pendapatan)
  • Mewujudkan 1 juta peluang kerja kosong untuk rakyat Malaysia dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat-peringkat
  • Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.
  • Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.
  • Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional
  • Tabung inovasi IKS RM500 juta
  • Skim gaji baru & perkhidmatan baru penjawat awam akan diperkenalkan yang lebih adil dan saksama
  • Memberi permit terus kepada pemandu teksi
5) Manifesto Pakatan Rakyat (Cukai)
  • Menyelaras cukai rakyat di mana kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.
  • Meningkatkan pengecualian cukai pendapatan kepada RM4,000 berbanding RM2,500 yang dilaksanakan pada ketika ini
6) Manifesto Pakatan Rakyat (Tentera)
  • Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.Manifesto Pakatan Rakyat (pemandu teksi) :
8) Manifesto Pakatan Rakyat (Pengangkutan)
  • Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya
  • menambah bilangan bas yang sedia ada
  • merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.
9) Manifesto Pakatan Rakyat (Perubatan)
  • Menolak cukai kesihatan seperti yang dicadangkan melalui 1Care
10) Manifesto Pakatan Rakyat (Lain-lain)
  •  Memansuhkan AUKU & Kebebasan Akademik

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment:

  1. siapa pun yg memerintah kat malaysia ni, sistem tetap sama. sistem tu dah ada cuma mcm mne si pemerintah menguruskannya..
    tapi mmg nampak la PR mmg nak mengurangkan beban rakyat. dh byk duit kita kene songlap dek org dacing

    ReplyDelete