BERITA : 2 MAUT KEMALANGAN BAS DI GENTING HIGLANDS

by 9:37 AM 0 comments

Percutian 22 pelancong dari India ke negara ini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut setelah bas persiaran yang dinaiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 pagi itu, bas persiaran Star Mart itu difahamkan dalam perjalanan turun dari Genting Highlands menghala ke ibu negara, sebelum ke destinasi percutian seterusnya di Singapura.

Bagaimanapun, ketika melalui satu selekoh tajam, bas itu dipercayai hilang kawalan setelah mengalami masalah brek menyebabkan ia terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment