SUKAN : ISNER KEJUTKAN DJOKOVIC

by 10:50 AM 0 comments
 



INDIAN WELLS, California - John Isner melakar kejutan terbesar dalam kariernya apabila menumbangkan pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic pada kejohanan tenis Terbuka BNP Paribas, sekali gus bakal berdepan juara tiga kali, Roger Federer yang turut mara dengan membenam musuh tradisi, Rafael Nadal di separuh akhir semalam.


Dengan mendapat sokongan padu 16,581 penyokong tuan rumah, Isner, pemain tinggi lampai Amerika Syarikat yang terkenal dengan servis kencang mengatasi jaguh Serbia, Djokovic 7-6 (9-7), 3-6, 7-6 (7-5) dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 2 jam, 45 minit.
Federer, 30, pula mendominasi pertemuan dengan bintang Sepanyol dan pemain No. 2 dunia, Rafael Nadal sebelum menang 6-3, 6-4 dalam masa 1 jam, 21 minit pada perlawanan yang beberapa kali terganggu kerana hujan lebat.

 

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment