BERITA : 41 KANAK-KANAK PENGEBOM BERANI MATI DISELAMATKAN

by 9:10 AM 0 comments
Pihak polis berjaya menyelamatkan seramai 41 kanak-kanak daripada menjadi mangsa pengebom berani mati ketika mereka diseludup ke Pakistan, jelas Kementerian Dalam Negeri semalam.

Jurucakap Kementerian itu, Sediq Sediqqi dalam satu sidang akhbar berkata, kanak-kanak tersebut yang berusia enam hingga 11 tahun dibebaskan pada 15 Februari lalu daripada tahanan empat pemberontak di wilayah timur Kunar.

Kata Sediqqi, keluarga mereka telah ditipu oleh pengganas yang berjanji untuk menghantar kanak-kanak tersebut ke beberapa seminar di Pakistan di mana mereka akan menjadi mangsa pengeboman berani mati menentang tentera tempatan dan antarabangsa di Afghanistan.

Polis menahan empat suspek dan kanak-kanak tersebut dihantar pulang kepada keluarga mereka.

Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment