BERITA : ANAK TETAK IBU HINGGA MATI

by 9:00 AM 0 comments

Dapur berdarah

SUNGAI PETANI 21 Feb. – Hanya kerana marah ditegur ibunya, seorang anak tergamak menetak sehingga mati wanita warga emas itu dengan parang di rumahnya di Kampung Padang Buluh, Mukim Sidam Kiri dekat sini hari ini.
Mangsa, A’inshon Abd. Rahman, 60, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kepalanya oleh penduduk sebelum melaporkan kepada polis pukul 1.30 petang.

Kejadian dikatakan berpunca apabila suspek berusia 26 tahun yang disyaki penagih dadah, berang selepas ditegur ibunya agar tidak menunggang motosikal keluar dari rumah.

Pemuda itu kemudian mengambil parang di luar rumah lalu bertindak menetak berkali-kali belakang kepala mangsa yang ketika kejadian berada di dapur sebelum melarikan diri.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad, bertindak atas maklumat awam, polis memberkas suspek di kawasan Sidam Kiri, kira-kira sejam selepas kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang masih bujang dan tidak bekerja itu dipercayai penagih dadah.
“Lelaki itu dikesan turut mengalami masalah mental berdasarkan ubat-ubatan diambilnya,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, suspek yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik tinggal bersama ibunya di rumah itu sementara ahli keluarga lain tinggal berasingan.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat.
Jiran mangsa, Maznan Omar, 48, memberitahu, suspek sebelum ini dikatakan sering kali bergaduh dengan ibunya.

“Dia juga dikesan menghadapi masalah penagihan dadah dan menghidu gam sejak di bangku sekolah,” katanya.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka suspek bertindak ganas sehingga sanggup membunuh ibunya.

Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment