HIBURAN : LISA SURIHANI MANDI BUNGA SEBELUM BERNIKAH DENGAN YUSRI

by 10:50 AM 0 comments
IBU LISA MENJIRUS AIR BUNGA KE ATASNYA

Meskipun dibesarkan dalam keluarga moden, pelakon terkenal Lisa Surihani tetap mengamalkan tradisi mandi bunga kelmarin sebelum melangsungkan pernikahan dengan pengarah terkenal Yusry Abdul Halim hari ini.
Beliau berbuat demikian bagi memenuhi hajat ibunya, Siti Amira Ahmad yang mahu dia kelihatan berseri-seri menjelang pernikahannya di Hotel Marriot, Putrajaya petang ini.
Ketika dihubungi Kosmo!, pembawa watak Mila dalam filem Ombak Rindu itu berkata, beliau berbuat demikian bagi memenuhi hajat ibunya.
Menurutnya, selain mandi bunga, dia turut mengadakan majlis berinai dan juga khatam al-Quran.
"Ikutkan, saya mahu ringkas sahaja tetapi ibu mahu saya mengikuti semua amalan tradisi sebelum perkahwinan," katanya.
Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment