BERITA : IKIM ANJUR BENGKEL URUS WANG, URUS HUTANG

by 10:29 AM 0 comments
SEBAHAGIAN PESERTA BENGKEL URUS WANG, URUS HUTANG


ACAPKALI apabila berbicara mengenai kekayaan duniawi, peristiwa yang menimpa Qarun dan harta kekayaannya wajar dijadikan iktibar bagi setiap umat Islam.


Justeru, adalah lebih baik seandainya kita mempraktikkan pesanan Ibnu Umar: "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup untuk selama-lamanya, dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari."
Malahan orang tua-tua tidak pernah jemu-jemu berpesan supaya menabung sebahagian jumlah duit belanja sekolah atau duit pinjaman pengajian dengan harapan ia boleh digunakan apabila ditimpa kesesakan atau untuk tujuan yang bermanfaat.


Bahkan ingatan itu berterusan sehinggalah kita menempuh alam pekerjaan dan berkeluarga. Pesanan serupa jugalah dititipkan kepada anak-anak dan generasi hadapan.


Jadi, apabila kita renung-renungkan kehidupan kita dari lahir hinggalah dikebumikan, semuanya berkehendak kepada wang atau duit. Teringat juga penulis kepada lagu yang dinyanyikan oleh M. Nasir berjudul Duit yang harus kita renung-renungkan bait-bait lagunya:


Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah


Semua ini duit
Bikin orang belit
Duit! Duit!
Di mana kau duit


Duit! Duit!


Hutangku membukit
Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal


Duit!
Duit beli duit
Duit!


Buat beli cinta
Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
J
angan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah
Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tersepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri


Oleh itu, amat penting untuk kita memiliki perancangan kewangan yang baik, berbelanja dengan bijak dan berhemah agar ia menjamin kestabilan dalam mengharungi kehidupan seharian yang tidak pernah lekang dengan pelbagai pancaroba, khasnya yang berkaitan dengan kedudukan ekonomi.


Hakikatnya, Islam memberikan garis panduan yang jelas mengenai bagaimana seharusnya menguruskan wang. Ia sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: ...Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang bermegah-megah. (al-Qasas: 76)


Pada surah yang sama ayat 79 hingga 80 bermaksud: Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata ingin kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik". Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh...


Demikian diterangkan oleh Pengarah Pusat Perundingan dan Latihan (PPLI), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Siti Fatimah Abdul Rahman pada Bengkel Urus Wang, Urus Hutang di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau menyampaikan kertas kerjanya yang bertajuk Urus Wang, Hidup Tenang.


Kata Siti Fatimah, kemahiran pengurusan kewangan adalah satu kemahiran hidup yang amat penting.
Dengan ilmu berkenaan, ia membolehkan seseorang itu mengoptimumkan pendapatan bagi tujuan tabungan serta memenuhi keperluan hidup.


Tanpa kemahiran itu, ramai yang merasakan pendapatan bulanan mereka tidak mencukupi, lebih menyedihkan ada yang tertunggu-tunggu hari gaji dan meminjam sana sini sementara menunggu cukup bulan.


"Sayangnya, kemahiran ini tidak dididik secara formal dan terpulang kepada individu untuk mencari kemahiran ini secara sendiri-sendiri. Hakikatnya, lebih awal kemahiran ini dikuasai, lebih selesalah kehidupan kita.


"Pada masa yang sama, tidak ada istilah terlewat untuk kita mendapatkan kemahiran ini kerana dengannya, ia dapat mengeluarkan individu itu daripada masalah hutang, walau seteruk mana ia membelenggu diri," ujar Siti Fatimah pada slot pertama bengkel separuh hari itu yang dihadiri lebih 100 peserta.

Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment