SUKAN : 6 PEMAIN JOHOR FC DIGANTUNG

by 9:41 AM 0 comments
Enam pemain skuad Piala Presiden Johor FC digantung daripada beraksi dengan kelab itu serta merta selepas disyaki terbabit mengatur perlawanan ketika menentang Perlis pada Khamis lalu.

Setiausaha Kehormat Johor FC, Mohd Tahir Hamdan, berkata penggantungan berkuat kuasa sehingga siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai.
Beliau berkata, gaji dan elaun semua pemain yang berusia awal 20an itu turut ditahan sehingga siasatan selesai dan tindakan lanjut diambil.
Polis menerima laporan daripada Johor FC dan terus menjalankan siasatan sebelum diserahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut. Saya berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan kes ini masih berjalan. - Mohd Mokhtar Mohd Shariff
“Pemeriksaan mengejut pengurusan kelab terhadap telefon bimbit mendapati mereka cuba mengatur perlawanan. Seramai 18 pemain diperiksa sejurus perlawanan dengan Perlis berakhir ekrana ada unsur-unsur rasuah ketika perlawanan di Stadium Pasir Gudang itu.

"Daripada semua pemain terbabit, enam daripada mereka disyaki terbabit mengatur perlawanan hingga memaksa pengurusan mengambil tindakan menggantung mereka serta membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Tahir berkata, pengurusan Johor FC memandang serius gejala rasuah terutama di kalangan pemainnya dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang terbabit dalam gejala itu.

Pengarah SPRM Johor, Simi Abdul Ghani, berkata pihaknya sudah memanggil individu terbabit bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengatur perlawanan. 

"Kita sudah merekod kenyataan dan tindakan memanggil mereka dilakukan selepas menerima laporan polis. Siasatan dilakukan untuk mengesahkan wujud unsur rasuah dan mengatur perlawanan atau sebaliknya. Perkara ini belum dapat disahkan kerana siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, dalam sidang media pagi semalam, berkata pihaknya sudah menyerahkan kes berkenan kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

"Polis menerima laporan daripada Johor FC dan terus menjalankan siasatan sebelum diserahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut. Saya berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih berjalan," katanya.

Dalam perlawanan itu, skuad Johor FC menewaskan Perlis 3-0, namun didapati ada unsur-unsur kurang sihat ketika perlawanan sehingga menyebabkan pengurusan kelab melakukan siasatan dalaman dan membuat laporan polis.

Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment