BERITA : WANITA KAKI JUDI BAKAR KERETA ANAK

by 9:34 AM 0 comments
Seorang wanita yang merupakan kaki judi tegar sehingga meminjam dengan 45 ah long sanggup membakar kereta anaknya selepas ahli keluarganya itu enggan menjelaskan pinjaman terbaru berjumlah RM26,000.

Sebelum itu, wanita berusia 59 tahun terbabit pernah meminjam daripada 33 ah long berjumlah RM100,000 pada 2010 tetapi atas pertolongan Biro Pengaduan Awam MCA, jumlah itu dapat dikurangkan kepada RM60,000.
Kesemua hutang itu kemudian diselesaikan oleh suami dan anak-anak wanita tersebut.

Menurut suaminya, Tan San Wan, 57, dia dan tiga anaknya terpaksa menanggung beban hutang yang banyak akibat ketagihan isterinya berjudi sejak lebih 30 tahun lalu sehingga diburu ramai ah long.

“Oleh itu kami terpaksa meminta bantuan Biro Pengaduan Awam MCA dan kesemua hutangnya dapat ahli keluarga selesaikan berjumlah RM60,000.

“Dia berjanji tidak akan ulangi kesilapan sama dan berjudi lagi tetapi yang terbaru secara sembunyi telah meminjam daripada 12 ah long berjumlah RM26,000,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini hari ini.
Kata San Wan, isterinya kemudian mendesak dia dan anak-anak menjelaskan hutang tersebut kerana diburu dan diugut ah long sehinggalah dia membakar kereta anak mereka, Perodua Kelisa di hadapan Sekolah Bandar Tun Hussein Onn, pukul 1 petang kelmarin.

Tambahnya, dalam kejadian itu, isterinya turut dimasukkan ke Hospital Kajang kerana terhidu asap tebal.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, setakat ini sebanyak 59 kes ah long dilaporkan kepada biro tersebut di seluruh negara sejak awal tahun ini yang membabitkan pinjaman hampir RM3.

“Aduan terbanyak membabitkan kaum Cina sebanyak 43 kes diikuti kaum Melayu (10 kes) dan enam kes kaum India. Sebahagian besar mangsa ah long terlibat dengan kegiatan perjudian.

“Sebanyak 233 ah long telah memberi pinjaman haram kepada mangsa dan mengugut mangsa jika gagal melunaskan pinjaman berkenaan,” katanya lagi.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment