BERITA : SIASATAN TERPRINCI KEPADA KELUARGA PELIK LANGKAH AL-QURAN

by 10:00 AM 0 comments


Siasatan terperinci akan dilakukan berkaitan pendedahan mengenai syarat pelik sebuah keluarga yang memaksa seorang lelaki melangkah al-Quran bagi mendapatkan kembali isteri dan anak, sejak tiga tahun lalu.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, siasatan terbabit perlu bagi menentukan sama ada laporan terbabit sahih kerana sebelum ini, ia hanya dilaporkan media.

“Ia memang satu kejadian yang pelik dan menyedihkan kerana kitab al-Quran tidak boleh dilangkah kerana umat Islam mesti menghormatinya,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Kempen ‘Secupak Budi Sepenuh Hati’ Padiberas Nasional Berhad (Bernas), di Kompleks Kebajikan Laila Taib, di Jalan Sultan Tengah, di sini, semalam.


Daud mengulas kejadian seorang saudara baru berusia 32 tahun yang mengadu dipaksa melangkah al-Quran di depan pintu utama rumah oleh keluarga mentuanya di Trusan Jaya, di sini.

Saudara baru terbabit dipaksa berbuat demikian sebelum mengambil isteri dan dua anaknya yang masih kecil bagi membuktikannya tidak mengamalkan sihir dan sudah mengadukan kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) dan membuat laporan polis.


Mengulas lanjut, Daud berkata, sebagai umat Islam, keluarga mentua dan mangsa terbabit tidak sepatutnya melakukan perbuatan itu kerana bertentangan dengan ajaran agama kerana tidak menghormati kitab suci itu.




Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment