BERITA : SI ISTERI UPAH REMAJA BUNUH SUAMI

by 9:47 AM 0 comments
GANESAN...maut ditikam
GANESAN MAUT DITIKAM


Kematian seorang pemandu lori ditikam di rumahnya di flat Taman Petaling Utama, 
Jalan PJS 1/52, di sini, Khamis lalu, dipercayai didalangi isterinya yang mengupah 
empat remaja lelaki untuk melakukan pembunuhan itu.

Suspek disyaki merancang komplot membunuh suaminya apabila hubungan
 sulitnya dengan seorang lelaki muda diketahui mangsa.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata isteri
 pemandu lori berusia 34 tahun itu disyaki berpakat dengan kekasihnya berusia 
22 tahun untuk membunuh mangsa berikutan dia menghalang 
hubungan mereka yang sudah terjalin lebih setahun.

Menurutnya, siasatan mendapati pasangan kekasih itu yang kini menjadi suspek 
utama kes berkenaan mengupah empat remaja lelaki, termasuk dua pelajar berusia 
16 tahun untuk membunuh mangsa dengan menyediakan upah sebanyak RM5,000 seorang.



“Pada hari kejadian empat remaja terbabit dan suspek
 utama
 lelaki memasuki rumah mangsa dengan bantuan wanita berkenaan
yang membukakan pintu sebelum mereka menyerang mangsa sedang tidur.



“Mangsa ditikam dengan parang di belakang badan dan tangan sebelum berlari
 keluar dalam keadaan berlumuran darah untuk mendapatkan bantuan. 
Dia bagaimanapun maut akibat
 kecederaan parah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah 
(IPD) Petaling Jaya, di sini, semalam.



Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment