BERITA : POLIS MEROMPAK DIPENJARA SEUMUR HIDUP

by 8:24 AM 0 comments
Gara-gara mengacukan sepucuk pistol ketika merompak dua buah kedai telekomunikasi, seorang anggota polis terpaksa meringkuk dalam penjara sepanjang hayat serta dikenakan 12 kali sebatan selepas rayuan akhirnya ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

Ketika kejadian, Aeleh Wahab, 38, bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dan melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di kawasan Dengkil dekat sini. Salah satu kejadian berlaku ketika dia sedang bercuti.
Anggota pangkat rendah itu didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) yang mana satu-satunya hukuman yang diperuntukkan ialah penjara seumur hidup.

Bagaimanapun, menurut tafsiran Seksyen 2 akta tersebut, penjara seumur hidup membawa maksud pemenjaraan sepanjang hayat iaitu selama tempoh hayatnya dikenakan hukuman (sehingga mati).

Ia berbeza dengan tafsiran penjara seumur hidup bagi kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan yang membawa maksud penjara maksimum 20 tahun.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Low Hop Bing yang bersidang bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali menolak rayuannya secara sebulat suara selepas berpuas hati bahawa rayuan itu tiada merit.
Mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang yang menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan enam kali bagi setiap tuduhan yang dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

Tuduhan pertama, Aeleh disabitkan mempamerkan pistol jenis revolver .38 Special Smith & Wesson ke arah pembantu kedai, Noridayu Abdullah ketika merompak premis berkenaan yang menyebabkan ketakutan terhadapnya.
Dia melakukan perbuatan itu pukul 10.30 pagi, 14 April 2006 di New Telecommunications Ent., Jalan Ayer Itam, Dengkil.
Menurut keterangan semasa perbicaraan, sewaktu kejadian, anggota tersebut sedang bercuti.

Tuduhan kedua, dia disabitkan berbuat demikian terhadap pemilik kedai, Tiew Bon Piau ketika merompak premis Astini Teleshop, No. 27 Jalan Kenanga 2, Taman Dengkil Jaya, Dengkil pukul 3.30 petang, dua hari kemudian.

Mengikut keterangan anggota bahagian stor senjata, Aeleh mengambil pistol pertama untuk tempoh satu setengah jam dan memulangkannya semula selepas digunakan. Pistol kedua pula dikembalikan selepas 40 minit digunakan.
Sebelum itu, peguam Mohd. Aminuddin Mohd. Ramli yang mewakilinya menghujahkan, intipati pertuduhan tidak dipenuhi oleh pihak pendakwaan kerana tiada ujian balistik dilakukan terhadap pistol tersebut bagi memastikan ia masih berfungsi atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Munahyza Mustafa berhujah bahawa keterangan saksi-saksi menyatakan, ujian balistik tidak perlu kerana pistol yang disimpan di stor senjata memang berfungsi, manakala anggota polis tidak memerlukan lesen untuk mem

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment