BERITA : AYAH NYANYUK HANYA DIPINJAM BAHAGI HARTA

by 9:58 AM 0 comments

Amat menyedihkan apabila lima anak seorang warga emas hanya ‘meminjam’ ayah mereka beberapa jam bagi menyelesaikan urusan pembahagian harta sebelum lelaki berusia 75 tahun itu dipulangkan semula ke rumah kebajikan.

Ketika mahu mengambil ayah mereka dari Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, di sini, pertengahan bulan lalu, dua anaknya bersungguh-sungguh memberitahu mereka dan adik-beradik lain sudah insaf.
Justeru, mereka meyakinkan pengurus pusat kebajikan itu, Norijah Bidin, bahawa warga emas yang mesra dengan panggilan Wak itu mereka jaga dengan baik.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila kerana selepas beberapa jam, mereka datang dan menyerahkan semula Wak kepada kami untuk dijaga.

“Apabila ditanya, kelima-lima mereka memberi alasan konon kehadiran bapa mereka mencetuskan pelbagai masalah dalam keluarga,” kata Norijah.



Fara  Rauf


Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment