BERITA : TENTERA PAKISTAN HASILKAN IPAD

by 9:57 AM 0 comments
Di dalam sebuah kompleks tentera udara kawalan ketat yang membina jet-jet pejuang dan sistem senjata api, tentera Pakistan kini mempunyai empayar komersial tambahan, iaitu komputer tablet iPad versi tempatan.
Pengeluran komputer itu melibatkan kerjasama jurutera-jurutera Pakistan dan perkakasan komputer.
Jurutera-jurutera penerbangan memasang komputer tablet iPad versi tempatan itu, PACPAD 1 di sebuah pangkalan tentera udara di Kamra, utara Pakistan.
“Asalnya iPad, salinannya ialah PACPAD 1,” kata Mohammad Imran yang meletakkan produk itu di kedai kecil komputer dan telefon bimbitnya di sebuah pusat beli-belah di Rawalpindi tidak jauh dari sini. Komputer itu menggunakan satu sistem yang dihasilkan Google, Android 2.3 secara percuma.
Pada harga AS$200 (RM607.79), PACPAD 1 murah lebih separuh harga daripada komputer Apple atau Samsung dan komputer tablet keluaran China di pasaran.
Nama singkatan PAC adalah merujuk kepada Kompleks Aeronautikal Pakistan.
Hanya beberapa ratus produk itu telah dibuat setakat ini walaupun kumpulan baharu komputer tersebut akan disiapkan dalam tempoh tiga bulan lagi.
“Industri pertahanan cuba untuk menunjukkan kehadirannya dengan melakukan lebih daripada hanya untuk mengeluarkan senjata,” kata penulis kajian penglibatan tentera dalam perniagaan, Ayesha Siddiqa.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment