HIBURAN : TAHNIAH! MAWI & EKIN DAPAT BAYI PEREMPUAN

by 10:37 AM 0 comments

Photobucket

KEHADIRAN bayi perempuan sulung, kira-kira jam 4 pagi semalam, melengkapkan lagi rumah tangga yang dibina Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005-2007, Asmawi Ani, 31, dan Nor’Ashikin Rahmat, 33. 

Pasangan berkenaan yang meraikan ulang tahun ketiga perkahwinan pada Disember lalu, menerima hadiah cukup bermakna dengan kelahiran bayi seberat 2.8 kilogram sebuah pusat perubatan swasta di Bangi.

Sehingga semalam, pasangan selebriti terbabit dikatakan masih memilih nama bersesuaian untuk cahaya mata pertama mereka yang dilahirkan secara normal itu.
Bagaimanapun, Mawi dan Ekin belum bersedia untuk berkongsi wajah anak sulung mereka bersama peminat buat ketika ini. 

Menurut bapa saudara Ekin, pasangan berkenaan juga hanya bersedia membuat kenyataan pada hari ini, selepas mendapat rehat secukupnya. 

Bapa saudara Ekin yang hanya dikenali sebagai Mutalib berkata, Ekin dimasukkan ke wad selepas Maghrib, kelmarin. Selain Mawi turut berada di hospital untuk menemani Ekin ialah ibu serta kembarnya, Nor’Ain Rahmat atau Ain. 

Ekin turut difahamkan akan menghabiskan tempoh berpantang di Bangi, di bawah jagaan ibunya. 
Pasangan yang berkahwin pada Disember 2008 itu sudah lama menantikan kehadiran cahaya mata bagi melengkapkan lagi rumah tangga mereka. Sepanjang tempoh berkenaan, Ekin pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment