BERITA : IBU CUBIT ANAK DIJEL

by 10:53 AM 0 comments
GAMBAR HANYA BERTUJUAN ILUSTRASI SAHAJA
Tindakan seorang ibu yang mencubit tangan anaknya sampai lebam kerana malas menukarkan baju mangsa menyebabkan wanita itu dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu ke atas Maszuridah Kuming, 34, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan.
Mengikut pertuduhan, Maszuridah yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai makan di sini didakwa menyebabkan anak lelakinya yang berumur lima tahun mengalami kecederaan.
Fara  Rauf

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh pukul 9 malam pada 20 Julai 2011 di sebuah rumah di Batu 7 1/2, Bukit Rambai di sini.
Maszuridah didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.
“Saya menjaga empat orang anak, saya turut menanggung keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan selain anak bongsu saya yang berusia enam bulan masih menyusu badan,” kata Maszuridah.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment