TIPS : SUAMI DISAYANGI ISTERI

by 2:28 PM 0 comments


1. Komunikasi
Isteri biasanya lebih tertarik kepada seorang suami yang bijak berkomunikasi dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif.

2. Prihatin
Isteri akan mengagumi suami yang sentiasa bersikap prihatin. Sikap prihatin suami pasti akan membuatkan si isteri berasa dihargai dan disayangi. Walaupun pada perkara yang dianggap remeh dan kecil, namun bagi si isteri ia begitu bermakna.

3. Memahami
Seorang suami yang sentiasa memahami tidak akan mudah merungut mahu pun marah untuk mengubah kebiasaan buruk isterinya. Ssebaliknya dia akan sentiasa berusaha memaafkan kesalahan dan menegur dengan baik segala kekurangan si isteri dan mencuba melihat dari sudut positif.

4. Tegas
Isteri memerlukan seorang suami yang bersikap tegas dan bijak dalam mengambil keputusan. Misalnya, ketika bingung untuk membuat pilihan, si isteri memerlukan suami untuk membantunya membuat keputusan. Suami yang tidak pandai membuat keputusan biasanya kurang dihargai isteri.

5. Cekal
Isteri akan mengagumi suami yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan cekal dalam menghadapi sebarang musibah. Suami yang cepat menyerah kalah dan mudah berputus asa akan membuatkan si isteri hilang keyakinan kerana bagi si isteri, suami adalah tempatnya untuk berlindung.

6. Bertimbang rasa
Isteri akan menghormati suami yang mempunyai sikap bertimbang rasa, misalnya membantu membukakan pintu untuk si isteri ketika si isteri sedang kepenatan pulang dari pasar atau pun membantu si isteri menjinjing barang yang dibelinya.

7. Tidak Mengongkong
Meski pun suka dilindungi, namun si isteri sebenarnya tidak menyukai pergerakannya dikawal sehingga membuatkan dirinya berasa terkongkong. Bbagaimana pun suami mungkin boleh membantu isteri misalnya dengan memimpin tangan isteri ketika melintas jalan atau pun menemani isteri untuk berjumpa doktor.

8. Menghargai isteri
Naluri semula jadi isteri untuk sentiasa dihargai. Penghargaan yang diharapkan bukanlah dengan pemberian hadiah yang mahal-mahal, sebaliknya memadai dengan menelefon atau menghantar pesanan ringkas kepada isteri dengan melahirkan kata-kata rindu.

9. Simpati
Suami yang mudah bersimpati tidak hanya bersikap baik kepada isterinya, tetapi juga kepada keluarga si isteri, teman-teman dan orang sekelilingnya. Malah kebaikan yang ditunjukkan itu juga bukanlah sengaja dibuat-buat tetapi ia adalah semulajadi.

10. Romantis
Suami yang romantis dan pandai melayan isteri dengan lemah lembut sering menjadi kebanggaan isteri. Aapatah lagi jika si suami tidak lokek memberikan hadiah terutama di hari-hari penting seperti ulang tahun kelahiran, hari memperingati kekasih dan sebagainya.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment