FESYEN : PANDUAN PEMAKAIAN BUSANA

by 10:07 AM 0 comments

1- Untuk remaja, buat pertimbangan bentuk badan sebelum memilih pakaian yang dapat menyembunyikan kekurangan dan menonjolkan kelebihan pada tubuh.


2- Perhatikan fabrik yang digunakan sama ada selesa atau tidak ketika dipakai dan sesuaikan mengikut aktiviti atau majlis yang ingin dihadiri bagi meningkatkan keyakinan diri ketika dalam khalayak ramai.


3- Sebaiknya hindari penampilan yang berlebihan atau meniru gaya
dewasa, sebaliknya pilih pakaian yang dapat mencerminkan keperibadian positif diri.


4- Pilih pakaian berwarna cerah dan sesuai dengan kulit yang boleh dipadankan dengan warna semula jadi. Misalnya, baju berwarna terang seperti merah dipadankan dengan seluar atau skirt rona hitam atau putih.


5- Cari maklumat di Internet atau majalah mengenai fesyen terkini dan jika dipertimbangkan sesuai, boleh mencuba. Misalnya, bagi tubuh berbentuk lurus dan jam pasir, seeloknya pilih baju yang mementingkan bahagian pinggang.

Bagi mereka yang berbadan gempal, pemakaian gaun panjang membuatkan anda kelihatan tenggelam.
Jadi, cara selamat pilih gaun yang sederhana panjang dan tidak terlalu ketat.


6- Fesyen yang menarik tidak semestinya berharga mahal tetapi mengikut kebijaksanaan teknik suai padan.






Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment