BERITA : HAJI EKPRES, KERANI TABUNG HAJI DITAHAN

by 10:11 AM 0 comments
Juruanalisa dan kerani Tabung Haji didakwa menerima rasuah.

Juruanalisa dan kerani Tabung Haji dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan membabitkan kesalahan membuat pengubahsuaian kandungan pangkalan data Sistem Haji dan menerima rasuah bagi membolehkan 27 jemaah yang tidak layak menunaikan haji pada 2010 dapat pergi pada tahun berkenaan.


Juruanalisa sistem, Afizul Md Yasin, 34, dituduh atas tiga tuduhan berasingan membuat pengubahsuaian itu di jabatan teknologi maklumat bangunan ibu pejabat tabung haji, antara Jun dan Julai 2010.


Bagi setiap tuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) yang membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya.


Turut menghadapi pertuduhan ialah kerani Tabung haji, Roslan Mohamed Som.



Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan dan dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.




Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment