HIBURAN : RATING DRAMA TANAH KUBUR MENINGKAT

by 10:53 AM 0 comments

SEBAGAI salah sebuah saluran yang khusus untuk rancangan yang berbentuk keislaman, Astro Oasis menerusi saluran 106 sememangnya banyak menyiarkan pelbagai rancangan yang menarik untuk tatapan penonton.
Salah satu rancangan yang telah berjaya menambat hati para penonton adalah drama bersiriTanah Kubur yang memaparkan kisah mengenai pengalaman seorang penggali kubur yang telah disiarkan selama dua musim.
Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, sejak mula disiarkan pada tahun lalu ternyata drama berkenaan adalah antara rancangan yang paling banyak mendapat sambutan penonton.
"Pihak kami mulanya memang tidak menjangkakan drama berbentuk keagamaan sebegini akan menarik minat penonton, tetapi dengan rating sebanyak 4.5 juta penonton tentunya ia adalah drama yang paling tinggi ditonton di saluran ini.


Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment