AGAMA : ISLAM TIDAK AKAN MATI

by 10:44 AM 0 comments

'Islam tidak akan mati'

Dr. Mohammed Saeed Ramadan al-Bouti

Kematian ulama terkemuka Syria, Dr. Mohammad Saeed Ramadan al-Bouti akan membangkitkan semangat perjuangan bangsa Arab dan umat Islam di seluruh dunia untuk menentang musuh-musuh mereka.

Mufti Besar Syria, Ahmad Badr-Eddine Hassoun yang menyelar pembunuhan imam itu menegaskan, Islam tidak akan 'mati' dan Syria tidak akan tunduk terhadap campur tangan asing.

"Saya mahu mengingatkan kepada pihak yang terlibat menghantar senjata ke Syria tidak sepatutnya memandang rendah kekuatan Islam di Syria.

"Syiar Islam akan terus bertahan dan rakyat Syria juga akan berdiri teguh," kata beliau kepada stesen televisyen rasmi Syria, selepas beberapa jam ulama itu dibunuh, kelmarin.

Hassoun mengeluarkan kenyataan tersebut selepas kematian al-Bouti dalam serangan berani mati yang turut mengorbankan 41 nyawa di sebuah masjid di Damsyik pada Khamis lalu. Al-Bouti adalah penyokong kuat Presiden Syria dan kerap muncul dalam televisyen bagi menyeru rakyat menyokong kerajaan.

Dalam pada itu, Hassoun turut menyatakan sokongannya terhadap negara-negara Arab lain yang menghadapi serangan global, yang merujuk kepada campur tangan kuasa asing untuk memusnahkan negara-negara Islam.
"Dapatkah anda lihat diri anda berdiri dan saling berpelukan dengan Menteri Luar Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS).

"Sesiapa bersama mereka (kuasa Barat) akan mengikut jejak yang sama seperti mereka dan kami tidak akan mengikut telunjuk musuh- musuh Allah.

"Kami lebih rela menyokong bangsa kami sendiri dan tentera yang lebih kami percayai,'' tegasnya.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment