AGAMA : LZS LANCAR OPERASI KHAS TINGKAT POTONGAN GAJI

by 9:29 AM 0 comments


Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan operasi khas dalam usaha meningkatkan kesedaran kepada penjawat awam di Selangor meningkatkan jumlah potongan gaji mereka untuk membayar zakat.
Operasi khas berkenaan dikenali sebagai ‘Operasi Pekeliling Badan Berkanun, Anak Syarikat Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2013.’ Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohamed Izham Mohamed Yusof berkata, operasi itu membabitkan penjelasan berkaitan taksiran semula zakat pendapatan secara terperinci bagi kakitangan muslim di bawah agensi berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan PBT.
Menurutnya, LZS mula memperkenalkan bayaran zakat melalui potongan gaji secara terus melalui Skim Berkat.

“Pada awalnya, kutipan zakat pendapatan dari 2000 sehingga 2004 bagi kakitangan awam berjumlah RM152.2 juta dan apabila LZS memperkenalkan ‘Operasi Pekeliling Kerajaan’ pada 2004 iaitu mewajibkan semua kakitangan membayar zakat melalui potongan gaji, kutipan zakat pendapatan meningkat RM533 juta sehingga tahun lalu,” katanya ketika program Sembang Berkat 2013 di Hotel De Palma, di sini, semalam.
Mohamad Izham berkata, ‘Operasi Pekeliling Badan Berkanun, Anak Syarikat Kerajaan Negeri dan PBT 2013’ diperkenalkan bagi pembayar zakat supaya membuat taksiran semula zakat pendapatan kepada LZS.
Menurutnya, taksiran ini penting kerana sekiranya gaji penjawat dalam agensi badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan PBT naik, zakat pendapatan mereka turut naik.
Oleh itu, Izham menggalakkan penjawat dalam agensi ini membuat taksiran di LZS supaya kutipan zakat pendapatan di Selangor terus meningkat.
“Sekiranya mereka tidak membuat taksiran, LZS akan membuat taksiran kepada penjawat agensi ini sekali setiap tiga tahun,” katanya.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment