BERITA : MAK NYAH TAUBAT DARI SUNTIKAN

by 9:48 AM 0 comments

Foto

“Mula-mula doktor toreh kulit, kemudian dia seperti mengoyak bahagian dagu hingga menampakkan tulang. Selepas itu doktor kikis kolagen yang sudah menjadi lemak.
“Sakitnya susah saya nak gambarkan. Pada masa itu, saya terfikir itulah hukuman ke atas saya kerana cuba mengubah ciptaan Allah,” kata bekas mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 35, menceritakan pengalamannya untuk kembali ke pangkal jalan.
Dia yang sebelum ini dikenali sebagai Erin bergelumang dalam dunia mak nyah selama 20 tahun dan pernah mengambil bermacam-macam suntikan untuk mengubah wajah serta penampilan supaya kelihatan seperti wanita.

Akibatnya, kata Mohd Khariri, dia mengalami pelbagai kesan sampingan antaranya dagu menjadi ‘luruh’ dan kerap dilanda kekejangan otot di beberapa bahagian badan hingga sekarang.
Foto
Cikgu Erin sebagai mak nyah.

Menurutnya, kini dia dalam proses menjalani pemeriksaan saraf kerana dipercayai kekejangan dialaminya itu kesan daripada suntikan kecantikan dijalaninya sebelum ini.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment