BERITA : RINGKASAN PENGUMUMAN KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM

by 12:17 PM 0 comments
Huawawaaawa... rasa semua pun sedih semalam PM lebih kepada pelarasan gaji Anggota keselamatan negara yakni Polis dan Tentera mungkin jugak sebab kes kat Lahad Datu kan... baguslah untuk macam mereka-mereka yang kerja berkorban nyawa...





Inilah ringkasaN dari pengumuman semalam :

1. Sistem Saraan Baru (SSM) diganti dengan Sistem Saraan Transformatif (SST)

2. Pelarasan gaji bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkuatkuasa 1 Januari lalu bakal memanfaatkan 233,192 anggota pasukan keselamatan di seluruh negara, iaitu 109,209 PDRM dan 123,983 ATM. 

3. Pelaksanaan urusan kenaikan pangkat kumpulan pelaksana kakitangan awam dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat daripada 15 tahun kepada 13 tahun.

4. Meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat laluan pantas, kenaikan pangkat laluan pakar bidang dan kenaikan pangkat laluan kemahiran tinggi bagi menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka masa panjang.

5. 182,434 penjawat awam yang berada pada tangga gaji maksimum dan tidak menikmati kenaikan gaji tahunan dengan mengumumkan kenaikan gaji tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan, berkuat kuasa 1 Januari 2013 untuk semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum.

6. Semua penjawat awam menerima faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT yang dipercepatkan pada 1 Julai 2013 dengan setiap penjawat awam mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred gaji masing-masing, membabitkan peruntukan RM1.5 bilion.

7. Menyambung perkhidmatan hampir 50,000 kakitangan awam kontrak selama setahun lagi apabila kontrak mereka tamat pada 31 Disember depan sementara menunggu kajian menyeluruh berhubung perkara itu dilaksanakan. 

8.  87 elaun dikaji semula

9. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuat cadangan kepada kerajaan mewujudkan skim perumahan khas kakitangan awam, terutama generasi muda.

10. Seramai 166,541 kakitangan dalam gred gaji 1 hingga 10 akan dinaik taraf ke gred setaraf kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Ha kan.. rasa semua pun suka kan yang bab NO.6 tu.. Tapi tu la. Bulan 7 kan.. ehhehe tak pe tak pe.. cepat lambat yang penting dapat kan? Alhamdulillah...

Kita tunggu pulak pengumuman seterusnya untuk skim perumahan khas. Harap-harap yang gred rendah macam saya ni pun dapat la merasa beli rumah sendiri kan?? u know what??? hahahahah 

Dalam hati ni sebenarnya rasa nak beli van RV je. Senang nak pergi mana.. duduk je dalam van.. Even nak pergi bercuti pun.. tak perlu nak book hotel bagai. Kalau balik kampung pun, pergi beraya ke.. umah atok penuh, boleh duduk dalam van.. (misi : tak bagi orang beraya rumah... ehhe jimat saya) ehheeh gurau je.. 

Tapi untuk berdua bertiga relevan lagi la.. kalau dah beranak pinak.. tak kan la kot nak berhimpit dalam van ni kan?.... :)





Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment