INFO : OPS DAULAT (PART 1)

by 2:52 PM 0 comments



1.  agensi perisikan Singapura, IndonesiaFiliphina dan Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas panjang apabila melihat kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkanoperasi bersama (Joint operation) sehingga berjaya melumpuhkan pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh kedaulatan negara.
2. Malaysia sudah memberikan peluang yang sebaiknya kepada pengganas ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke 200 orang selama tiga minggu dan dunia telah menyaksikan pengganas-pengganas ini menganiaya anggota pasukan keselamatan kita.
3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid) terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah diri.
4. Zulkifli yang merupakan ketua pasukan, menyangka musuh berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan dan serentak itu, peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala Allahyarham.
5. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid) yang bangun membantu turut terkena peluru dari penempak tepat, maka gugurlah kedua perwira bangsa.
6. Rupanya pasukan peninjau polis yang menjalankan tugas recce dalam ladang kelapa sawit disitu telah dikepung oleh ratusan pengganas Sulu.
7. Tanpa  ketiadaan ketua pasukan, anggota lain terus membalas tembakan dan bertahan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tiba pasukan bantuan dan hasil dari kecekalan mereka yang terkepung ini, lebih kurang 12 pengganas Sulu ditembak mati.
8. Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.
9. Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa merupakan unit Cawangan Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut untuk melakukan tinjauan risik tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat dihidu.
10.Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.

11.Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.
12.Ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.
13.Yang sialnya, akhbar Filiphina yang menyokong pengganas ini meletakkan mereka yang mati dikalangan penyokong Kiram sebagai imam-iman tempatan dari kaum Sulu yang syahid.
14.Senarainya kecederaan dan penganiayaan pada mereka yang mati ini saya ada tetapi demi menjaga maruah mereka yang gugur, tidak perlulah saya siarkan, saya jamin, kalau anda membaca…anda akan berdendam.
15.Saya sendiri tidak tahu, tonik apa yang mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum pergi berperang sehingga memaksa mereka itu bertindak diluar batas kemanusiaan.
16.Yang anehnya, ada juga penyokong pengganas-pengganas ini dari negara jiran dan komen mereka terpaksa saya buang untuk mengelakkan nama negara mereka yang besar itu tercemar dan kotor di atas komentar rakyat mereka ini.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment